Khas untuk peminat kartun Hello Kitty yang membaca entri ini, DIVA ada berita baik untuk anda!
anothersole baru-baru ini membuat kejutan apabila jenama kasut dan aksesori terkenal ini mengumumkan pelancaran koleksi terbarunya iaitu ‘Forever Hello Kitty’.
anothersole yang berkolaborasi dengan Sanrio, memperkenalkan setiap item fesyen dalam koleksi ini yang menampilkan watak ikonik Hello Kitty yang sangat comel.
Anothersole x Sanrio: Forever Hello Kitty
Menerusi koleksi ‘Forever Hello Kitty’ ini, anothersole mempamerkan watak Hello Kitty di beberapa produk utamanya yang popular seperti kasut sukan 247, kasut flats Anytime yang serba boleh, sandal dan beg mini ANEW yang sangat bergaya.
- Foto – anothersole x Sanrio
Apa yang bakal membuatkan peminat watak ikonik Sanrio ini lebih teruja, semua produk ini menggabungkan elemen Hello Kitty seperti reben ikonik. Manakala warnanya pula terdiri daripada warna krim, merah jambu pastel dan merah terang.
- Foto – anothersole x Sanrio
Selain itu, bagi DIVA sendiri, sudah semestinya bahagian yang paling menyeronokkan adalah kasut flats Anytime daripada anothersole. Menariknya, kasut flats ini dihiasi dengan tali satin, ditambah pula dengan ilustrasi Hello Kitty yang sedang mengintip di bahagian tepi kasut.
- Foto – anothersole x Sanrio
Untuk pengetahuan kamu, koleksi ini direka khusus untuk mesra dewasa hingga beri keselesaan maksimum pada kaki sambil mengekalkan elemen klasik jenama ini.
Koleksi ‘Forever Hello Kitty’ oleh anothersole x Sanrio ini boleh anda dapati di kedai atau di web anothersole. Happy shopping!