Apa kelebihan pada Fitti, jenama bajet lampin pakai buang terkemuka selama lebih 15 tahun di Malaysia? Kini lebih baik daripada sebelumnya dengan ciri-ciri diperbaharui, sekarang diperkenalkan di pasaran demi menawarkan keselesaan terbaik untuk setiap bayi. Fitti merupakan jenama pertama yang memperkenalkan ciri-ciri unggul ini di dalam lampin pakai buang segmen bajet.
Beberapa ciri unggul baru termasuk Pita Mudah Lekat dengan pelekat Velcro yang memudahkan ibu-ibu melekat berulang kali untuk pemakaian lampin yang muat dan selesa, reka bentuk lampin baru yang comel berwarna-warni, dan diperbaharui dengan Lapisan Telus Udara agar kulit bayi tetap segar dan kering. Dengan ciri-ciri baru ini, ibu-ibu sekarang boleh menikmati lebih banyak faedah daripada Fitti pada harga yang berpatutan berbanding dengan jenama-jenama lain yang ditawarkan oleh lampin pakai buang segmen bajet di pasaran.
Ciri-ciri lain yang menarik adalah Pelapik Pinggang Elastik yang memberikan keselesaan kepada bayi dengan pemakaian lampin yang muat dan selesa, Pencegah Kebocoran Tegak yang memberikan perlindungan daripada kebocoran cecair di bahagian tepi lampin serta kelembutan ala kain untuk keselesaan terbaik. Daya serapa gel yang tinggi juga memastikan cecair dikunci dan diserap dengan cepat bagi melindungi kulit halus bayi dari kerengsaan dan ruam.
Fitti boleh didapati dalam pelbagai saiz pek, termasuk Pek Travel, Pek Regular, Pek Nilai dan Pek Jumbo.