Tona dan kondisi kulit sering diberi perhatian khusus oleh golongan wanita. Berdasarkan stereotaip masyarakat, setiap wanita berlumba-lumba untuk memenuhi keinginan peribadi agar dapat kelihatan cantik dan menarik. Dalam konteks wanita Asia, majoriti mengimpikan kulit yang cantik, cerah dan berseri.
Sama ada cuba menyingkirkan bintik hitam atau berharap untuk mencapai tona kulit yang lebih cerah dan sihat, mencari produk pemutihan yang sesuai ialah kuncinya dan paling penting adalah kebolehan untuk melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB. Pencarian penyelesaian yang sempurna untuk melindungi kulit kita daripada sinaran UV yang mengakibatkan kulit kusam dan rosak adalah sangat penting.
Golongan wanita boleh melindungi kulit mereka dengan menggunakan payung, topi, sarung tangan atau kosmetik dengan faktor perlindungan matahari (SPF) untuk menapis sinaran UV yang berbahaya daripada merosakkan kulit. Menyedari kepentingan ini, NIVEA kini memperkenalkan inovasi terbaharunya iaitu Extra Whitening Skin Therapy Serum SPF 33 PA+++ yang tidak hanya melindungi kulit daripada sinaran UV malah turut menjadikan kulit berseri dalam masa hanya 14 hari. Produk ini berupaya menyingkirkan 10 tanda-tanda masalah kulit yang terkumpul akibat sinaran matahari termasuk:
- Masalah kulit rosak dan kusam akibat sinaran matahari
- Dehidrasi
- Tona kulit tidak sekata
- Tidak licin
- Tona kulit gelap
- Kering
- Kasar
- Bintik-bintik gelap
- Kusam
- Tanda penuaan
NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum SPF 33 PA+++ baharu mampu menyerap dengan pantas, berkesan untuk mencerahkan tona kulit dan meresap ke dalam lapisan kulit untuk memperbaiki kerosakan kulit akibat sinaran matahari. Ia adalah serum pemutih badan pertama dengan perlindungan menyeluruh SPF 33 PA +++.
Anda tidak perlu mengaplikasikan semula kerana ia bertindak sepanjang hari dan tidak melekit. Formula unik ini diperkaya dengan 95% antioksidan derivatif Vitamin C asli dan menawarkan 10X pemutihan** yang memperbaiki kulit dari dalam untuk menjadikan kulit lebih cerah dan berseri. Keunikan produk pemutihan NIVEA ini berbanding dengan produk pemutihan yang lain, ia tidak menyebabkan penipisan kulit.
NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum SPF 30 PA+++ sesuai untuk semua jenis kulit dan telah diperakui secara dermatologi. Inilah masanya untuk memberikan perlindungan sebenar kepada kulit anda dan bukan lapisan yang sementara. Kini, anda boleh menonjolkan kulit anda yang menawan dengan gaun yang sesuai!
NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum SPF 33 PA+++ baharu kini boleh didapati di semua rantaian pasar raya besar utama, pasar raya dan gedung farmasi di Malaysia.
RRSP RM 19.90 untuk 180ml