Peminat Hello Kitty pastinya sudah tidak sabar lagi untuk mendapatkan baju eksklusif KITSCHEN dan HELLO KITTY ini kan? Sempena sambutan ulang tahun ke-40 Hello Kitty, KITSCHEN melancarkan koleksi bertemakan Hello Kitty eksklusif dengan inspirasi dari alam liar.
Koleksi eksklusif bertemakan Hello Kitty ini mempunyai pelbagai siluet yang menonjolkan Si Hello Kitty rock and roll, dan funky. Koleksinya meliputi gaun maxi, baju kait, baju pendek, baju labuh, gaun mini, seluar pendek denim dan jaket besbol. Koleksi yang menarik dengan inspirasi yang diambil dari alam semulini menampilkan cetakan Aztec dan kulit harimau bintang di dalam pelbagai warna ultra-bergaya, dari merah jambu, biru cerah, kelabu dan hitam. Pelbagai fabric digunakan untuk menghasilkan koleksi ini seperti fabrik jersi, kulit PU, bulu, manik-manik, neoprene, jaring dan denim. Potongan-potongan yang menarik dari koleksi Hello Kitty ini akan membuatkan pemakai KITSCHEN teruja dengan pakaian yang boleh di ‘mix and match’ mengikut gaya tersendiri.
Koleksi ini akan menampilkan empat pakaian edisi terhad yang terdiri daripada jaket besbol PU dengan lengan bermanik, baju hoodie dengan hiasan telinga, jumpsuit neoprene dengan seluar pendek kulit PU dan skirt kembang embroidered yang membolehkan peminat-peminat Hello Kitty bergaya edgy dan sedikit unsur ‘nakal’.
Koleksi bertemakan Hello Kitty akan berada di pasaran pada bulan November di semua gedung pada harga RM39.90 to RM159.90.
KITSCHEN BERKOLABORASI DENGAN SANRIO HELLO KITTY TOWN NUSAJAYA
Hello kitty telah membuat penampilan di majlis pelancaran KITSCHEN dan telah menjadi saksi kepada pelancaran koleksi KITSCHEN Hello Kitty. Kehadirannya telah menerima sambutan hebat daripada peminat dan tetamu yang hadir.