PETPET, jenama lampin bayi popular di Malaysia akan memulakan jelajah dari 7 November 2014 sehingga 31 Disember 2014 di sekitar Lembah Klang. Lokasi termasuk pada pelbagai lokasi di sekitar Lembah Klang termasuk AEON BIG Putrajaya, Bandar Tun Hussein Onn (Kajang), Wangsa Maju (Kuala Lumpur), AEON Bandar Utama (Bandar Utama) dan Aeon AU2 (Kuala Lumpur) untuk menggalakkan penyelesaian masalah siang dan malam untuk bayi melalui kempen ‘Siang & Malam, Si Manja Dilindungi’.
Kempen ini akan memperkenalkan pelbagai kaedah dan alat-alat yang akan membantu bayi mencapai masa bermain tanpa gangguan dan tidur di samping membantu mencapai kebolehan pembelajaran yang lebih baik. Penerangan bergerak itu akan diselitkan dengan pelbagai aktiviti seperti ujian IQ PETPET untuk bayi – alat yang mudah untuk menguji tahap IQ bayi dan juga peraduan ‘Ambil Gambar, Like and Menang’, hadiah sehingga RM30,000 menanti anda.
Dynas Mokhtar, duta jenama PETPET juga akan muncul pada siri jelajah ini akan menawarkan tips untuk ibu-ibu tentang bagaimana menguruskan masa tidur bayi dan masa bermain. Topik-topik perbincangan lain termasuk diet, pemakanan, kebersihan tidur dan psikologi bayi anda. Malah, terdapat juga sesi autograf dengan Dynas di lokasi kempen.
Butir-butir penerangan itu boleh didapati melalui laman Facebook PETPET ini https://www.facebook.com/petpetMY.