Pelakon cantik dan popular, Lisa Surihani menjadi artis Malaysia pertama berjaya tampil dalam E! News Asia Special yang akan ke udara pada 30 Mac ini pada jam 10 malam di Saluran Astro 712.
E! akan membawa anda secara eksklusif ke dalam kehidupan Lisa Surihani sebagai model, pelakon juga isteri kepada Yusri KRU. Lisa digelar Malaysian Sweetheart kerana mempunyai lebih empat juta pengikut di Facebook dan Twitter dan peminatnya meningkat setiap hari.
Pengacara E! News Asia, Marion Caunter akan mendedahkan kisah Lisa Surihani daripada bermulanya karier dalam industri sejak usia belasan tahun sehingga berjaya sampai ke hari ini. Bukan itu sahaja, wawancara khas bersama kawan rapat, rakan sekerja, orang yang paling dipercayai Lisa, ahli keluarga juga suami dibawa terus ke TV anda.
Terdahulu, E! News Asia telah menampilkan Aaron Aziz dari Singapura, Jay Park dari Korea Selatan dan juga Anne Curtis dari Filipina jadi sekarang tiba masa pelakon Lisan Surihani pula.
Jadi, tetapkan temu janji anda pada 30 Mac 2014 jam 10 malam di Saluran Astro 712.