“Lisa nak beri hadiah pada kita semua? Apa dia agaknya?”
Mesti ramai yang dah teruja, ini DIVA nak beritahu. Ramadan ini, Signature Market telah bekerjasama dengan pelakon terkenal Lisa Surihani bagi melancarkan set hadiah istimewa ‘SURI Ramadan Platter’, untuk dinikmati sepanjang bulan puasa.
- Foto – Signature Market x Lisa Surihani
SURI Ramadan Platter disifatkan sebagai hidangan snek perkongsian yang sempurna, ia dihasilkan untuk dinikmati bersama rakan dan keluarga dengan harapan dapat memupuk lebih banyak kasih sayang dan mencipta kenangan antara satu sama lain.
Disusun secara eksklusif dan dipilih oleh Lisa Surihani, set hadiah ini mengandungi pelbagai jenis snek Signature Market seperti Tempeh Bites, Tangy Tomato Chickpea & Lentil Chips, Omega-3 Trail Mix, Mini Sun Dried Apricot dan banyak lagi.
- Foto – Signature Market x Lisa Surihani
“Sebagai penyokong nilai positif dan pengamalan tabiat sihat untuk minda dan tubuh badan, saya berbangga kerana dapat bekerjasama dengan jenama seperti Signature Market yang berkongsi nilai yang sama.
“Semasa kita berpuasa, penting untuk kita kekal sihat dan bertenaga, itulah sebabnya saya sangat teruja dapat berkongsi dengan orang ramai set hadiah yang disusun secara unik ini yang penuh dengan snek sihat yang boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja, tanpa rasa ragu-ragu.
“Saya berharap pengguna dapat menikmati dan mendapat manfaat daripadanya di samping memperoleh lebih banyak tenaga dan pemakanan yang baik pada bulan yang mulia ini,” kata Lisa Surihani.
- Foto – Signature Market x Lisa Surihani
Berharga RM109, SURI Ramadan Platter disediakan di dalam kotak hijau pekat dengan corak petak ringkas bagi melambangkan ‘kemewahan dalam kesederhanaan’.
Macam nak dapatkan set hadiah ini? Lawati Signature Market di Instagram, Facebook, YouTube, atau laman sesawang.