Masalah jerawat menyebabkan kita tertekan, tidak kiralah lelaki mahupun perempuan. Jerawat sebenarnya adalah disebabkan masalah kelenjar minyak yang terlebih aktif serta pengumpulan kotoran dan sel kulit mati yang menyebabkan liang roma tersumbat. Penjagaan kulit yang tidak sempurna serta stress boleh menjadikan masalah jerawat bertambah teruk. Oleh itu, amat penting untuk memastikan anda menjaga kebersihan kulit dan mengamalkan rejim penjagaan kulit yang teratur.
OXY, jenama perawatan jerawat No.1 di Malaysia, produk yang dipercayai lebih daripada 30 tahun dalam penjagaan kulit remaja melalui usaha berterusan untuk menangani masalah jerawat telah meningkatkan keberkesanan produknya agar ia memberikan tindakan yang pantas dan berkesan bagi mengatasi masalah jerawat.
Memperkenalkan “Formula anti-akne berganda” terbaharu yang hadir dalam OXY Deep Cleansing Wash dan OXY Blemish Control Moisturizer SPF15 yang bertindak seriringan untuk melawan jerawat. Ia mengandungi 2 kali kuasa Anti-Jerawat untuk memberikan penyelesaian yang lebih efektif kepada masalah jerawat dan seterusnya memberikan 2 kali lebih keyakinan yang diperlukan oleh setiap remaja.
OXY DEEP CLEANSING WASH
Membersih adalah langkah penting dalam penjagaan kulit kita. Pembersihan yang betul dapat membantu menghilangkan kotoran, minyak berlebihan dan sel kulit mati. Dengan pencucian muka dua kali sehari dengan pencuci muka yang sesuai, anda akan dapat mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit wajah.
OXY Deep Cleansing Wash terbaharu dirumuskan dengan 2 ramuan anti-jerawat iaitu Salicylic Acid dan Isopropyl Methylphenol (IPMP) untuk memberikan pembersihan yang mendalam, tidak mengeringkan kulit malah boleh menghidratkan kulit.
- Salicylic Acid – Formula ini dapat membantu membuka liang roma tertutup oleh kotoran dan minyak. Ia juga membantu mengeringkan jerawat dan mencegah komedo hitam dan putih.
- Isopropyl Methylphenol (IPMP) – Ramuan ini menyerap jauh ke dalam kulit untuk memberikan pembersihan mendalam, menhilangkan kotoran dan mencegah cela.
- Vitamin C & E – Ia juga diperkaya dengan ramuan anti oksida untuk menyingkirkan radikal bebas dan mengekalkan kesihatan kulit.
- Minyak Zaitun – Ia melegakan kulit berjerawat dan memastikan kulit agar kekal lembap dan licin.
OXY BLEMISH CONTROL MOISTURIZER SPF15
Pelembab wajah sangat penting bagi kesihatan wajah. Jika kulit anda berjerawat, anda harus memilih pelembab yang khusus untuk kulit berjerawat. OXY Blemish Control Moisturizer SPF15 dirumus khas untuk kulit berminyak dan cenderung berjerawat. Ia mengandungi 2 ramuan anti-jerawat Salicylic Acid dan AC.Net yang berkesan untuk mengawal minyak dan menjadikan kulit sihat dan lembab.
- AC.Net – meresap jauh kedalam liang pori untuk mencegah cela.
- Salicylic Acid – formula ini dapat membantu membuka liang roma tertutup oleh kotoran dan minyak. Ia juga membantu mengeringkan jerawat dan mencegah komedo hitam dan putih.
- SPF 15 – melindungi kulit dari sinaran matahari yang berbahaya.
- Ekstrak Aloe Vera dan Ekstrak Kamomil – membantu mengekalkan kelembapan pada kulit agar kekal lembut dan sihat.
- Formula bebas minyak – amat ringan pada kulit dan tidak menyumbat liang roma.
OXY Deep Cleansing Wash dan OXY Blemish Control Moisturizer SPF15 akan berada di semua farmasi dan pasaraya utama mulai Mac 2014. OXY Deep Cleansing Wash boleh didapati dalam 2 saiz; 50gm pada harga RM8.50 dan saiz 100g pada harga RM13.90. OXY Blemish Control Moisturizer SPF15 boleh didapati dalam saize 45gm pada harga RM14.90.