Setiap awal bulan, peminat Big Bang mesti tidak sabar dengan lagu dan video yang akan dimuat turun di YouTube mereka.
MADE series, nama album mereka pada kali ini memberikan sentuhan dan strategi yang lain daripada lain.
Pada setiap bulan kumpulan KPOP terkenal ini akan memperkenalkan dua buah lagu mengikut abjad album mereka. Antara lagunya adalah:
M (1 May 2015 – Bae Bae dan Loser)
A (1 Jun 2015 – Bang Bang Bang dan We Like 2 Party)
D (1 Julai 2015 – If You dan Sober)
E (Akan Datang!)
Salah satu lagu iaitu “Fantastic” akan diperdengarkan pada siri kali ini akan dinyanyikan oleh rap duo iaitu G-Dragon dan T.O.P.
YG Entertainment berkata, “Setiap lagu yang diperdengarkan semasa album siri MADE ini, mereka akan bersama-sama peminat membuat ‘countdown‘. Tetapi disebabkan pada 1 Ogos 2014 Big Bang akan mengadakan persembahan di konsert jelajah mereka, jadi kami menukar tarikh kepada 5 Ogos 2015.”
Pengarah YG Entertainment, Yang Hyun Suk memberikan sedikit teaser di laman sosial, Instagram beliau sendiri. Pautan video yang sekejap ini memberikan sedikit sebanyak kejutan yang akan menimpa para peminat Big Bang.
https://instagram.com/p/5qT_AEru4R/?taken-by=fromyg
https://instagram.com/p/5qUD19Lu4b/?taken-by=fromyg
[SUMBER]