Anda sudah bosan dengan imej yang biasa? Tidak tahu bagaimana untuk menggayakan pakaian dengan cara berbeza? Nah, hari ini kami ajar anda bagaimana untuk ‘tuck, tie, roll & twist’ pakaian agar anda tampil stailo dan memberikan imej berbeza daripada kebiasaan.
1) Masukkan sedikit bahagian hadapan baju yang panjang ke dalam seluar.
2) Untuk sweater ringan atau baju biasa, anda boleh cuba ‘asymmetrical tuck’ seperti di bawah.
3) Bagi baju berlengan panjang, cuba gaya lipatan lengan baju seperti foto di bawah.
4) Sekiranya tiada ‘skinny jeans’, anda boleh juga menggayakan apa sahaja jenis jeans bersama kasut ‘boots’, dengan cara lipatan pada hujung kaki seluar agar memudahkan ia masuk ke dalam ‘boots’.
5) Ikat atau lilitkan baju biasa berlengan panjang atau jaket pada bahagian pinggang sebagai ‘peplum’.
6) Masukkan satu bahagian hadapan baju berbutang ke dalam seluar bagi memberikan imej ‘super casual’.
7) Jeans yang terlalu panjang boleh dilipat sedikit ke atas, hanya dengan satu lipatan sahaja.
8) Ikuti tip seperti di bawah bagi menggayakan tali pinggang pada baju yang dimasukkan ke dalam.
9) Jika anda masukkan semua bahagian bawah baju ke dalam, angkatkan tangan anda sepenuhnya ke atas selepas itu.
10) Untuk menyerlahkan bentuk ‘hourglass’, masukkan baju ke dalam ‘A-Line skirt’.
11) Baju yang diikat dengan tali pinggang halus kadang-kadang memberikan imej lebih bergaya daripada memasukkannya semua ke dalam seluar ataupun skirt
Sumber: ideadigezt.com