Siapa agaknya Kpop girl group member paling cantik? Yoona? Suzy? Nana? Mesti anda punya pilihan yang tersendiri dan sebab kenapa anda memilih mereka bukan. Begitu juga dengan Wanista.
Nana dari After School baru-baru ini dinobatkan sebagai wanita tercantik di 100 Most Beautiful Face tahun 2014, sebaris dengan artis terkenal dunia, anjuran portal hiburan dalam talian, TC Candler. Bukan sahaja Nana yang tersenarai, ada lagi nama lain seperti Yoona, Suzy, Song Hye Kyo, Jaekyoung Rainbow, Jessica former SNSD dan beberapa yang lain.
Ramai peminat mahu kelihatan seperti idola mereka. Mana tidaknya, kebanyakan mereka ini pandai menjaga penampilan. Boleh jatuh cinta dibuatnya! Jom tengok pilihan Wanista.
1. Nana – After School
2. Suzy – Miss A
3. Dara – 2NE1
4. Krystal – f(x)
5. Bora – Sistar
6. Yoona – SNSD
7. Sulli – f(x)
8. Jiyeon – T-Ara
9. Hyuna – 4Minute
10. CL – 2NE1