Mary Katrantzou telah bekerjasama dengan adidas di dalam koleksi terbaru edisi terhad adidas Originals by Mary Katrantzou. Di dalam koleksi terbaru ini, warna terang dan neon serta pola kaleidoskopis digunakan di dalam setiap pakaian dan kasut yang direka khas untuk peminat Mary Katrantzou. Kalau anda lihat, memang unik dan menarik koleksi MK untuk adidas ini.
Di dalam koleksi kolaborasi bersama adidas Originals, visi Katrantzou diterjemahkan di dalam pakaian dan kasut dengan kekuatan feminin, intipati visi grafik yang terperinci. Koleksi terkini adidas Originals by Mary Katrantzou boleh didapati bermula 15 November ini eksklusif di adidas Originals Concept Store KLCC. Layari www.adidas.com.my untuk maklumat lanjut!