Apa isu terhangat yang diperkatakan pada Mei lepas? Ya, kalau anda masih ingat lagi tentu sekali isu Cadbury dan isu halalnya. [ Baca : Benarkah Coklat Cadbury Mengandungi DNA Babi ? ]. Walaupun telah diperjelaskan statusnya semula, [ Baca : Status Halal Coklat Cadbury Dikekalkan? & Adakah Anda Sudah Yakin Untuk Menikmati Coklat Cadbury Semula? ] kami kira kontroversi tersebut telah meninggalkan kesan yang mendalam rata-ratanya kepada umat Islam sehinggakan masih ramai yang tidak yakin untuk menikmati coklat tersebut semula.
[ Baca update kami di sini : Jawapan Cadbury Tentang Gambar Khinzir Pada Bungkusan Produknya ]
Terbaru, satu gambar yang dimuatnaik oleh page Facebook bernama Jom Boikot Chocolate Cadbury ini memang membuatkan kami tersentak seketika .
Gambar tersebut menunjukkan gambar kartun berupa wajah khinzir diletakkan di plastik pembungkus salah satu produk yang didakwa sebagai produk Cadbury. Tidak mahu melatah dahulu, secara sahihnya kami tidak melihat dengan mata kepala kami sendiri produk ini berada di rak pasaraya untuk pasaran Malaysia. Jadi boleh jadi ini merupakan produk Cadbury untuk pasaran luar negara. Ya, itu kami kurang pasti buat masa ini.
[ Baca update kami di sini : Jawapan Cadbury Tentang Gambar Khinzir Pada Bungkusan Produknya ]
Namun, gambar lain yang dimuatnaik menunjukkan mata wang pada label harga pada rak yang diletakkan coklat tersebut adalah RM (Ringgit Malaysia). Gulp … ! Namun tarikhnya adalah pada 13 Jun lepas.
Dipercayai juga bungkusan tersebut direka untuk rangakaian coklat buttons dimana berdasarkan gambar yang dimuatnaik seorang pengguna Facebook bernama Fazleen Tahir pada ruangan komen memperlihatkan bungkusan lain yang mempunyai gambar animasi haiwan lain seperti monyet, beruang panda, burung hantu dan kucing. Mungkin sasaran pembelinya adalah kanak-kanak. Banyak lagi haiwan comel yang lain yang boleh dipilih, persoalannya kenapa khinzir?
Kami harap pihak Cadbury Malaysia akan memperjelaskan perkara ini, kalau ia tidak benar, masih lagi kredibiliti jenama coklat ini tentunya akan tercalar teruk untuk sekali lagi atau mungkin selamanya. [ Baca update kami di sini : Jawapan Cadbury Tentang Gambar Khinzir Pada Bungkusan Produknya ] Walaupun bukan kandungan coklat tersebut, gambar tersebut masih lagi menyentuh sensitiviti umat Islam bukan. Tidak seperti isu DNA babi dalam coklat DairyMilk Hazelnut dan Roasted Almond, tiada penjelasan rasmi dibuat tentang perkara ini. Jadi kami faham jika masih ramai yang tidak yakin menikmatinya semula dan bilangan like untuk page Jom Boikot Chocolate Cadbury ini masih lagi seramai 18 007 sehingga ke hari ini.