Seorang lelaki Islam, Shazad Iqbal, telah melancarkan satu petisyen meminta YouTube untuk menurunkan video klip terbaru Katy Perry iaitu “Dark Horse”. Petisyen yang memerlukan 50,000 tandatangan itu kini telah mempunyai lebih dari 65,000 tandatangan yang bersetuju supaya video ‘menghina kalimah Allah’ supaya diturunkan.
[ Gambar ] Video Muzik ‘Dark Horse’ : Katy Perry Permain Kalimah Allah?
Gambar di atas adalah screenshot daripada video klip muzik terbaru dari penyanyi Katy Perry ft Juicy J, Dark Horse. Video ini telah dilancarkan pada 20 Februari 2014 dan kini mempunyai hampir 30 juta tontonan. Video berdurasi 3:44 minit ini menampilkan Katy berpakaian ala Cleopatra ini dan mengambil Mesir Purba ( Ancient Egypt ) sebagai tema.
Dalam babak video ini, lelaki yang memakai loket kalimah Allah ini kemudiannya dibakar (burned zapped) oleh Katy. Dalam video itu juga, Katy Perry memainkan peranan sebagai seorang puteri Mesir purba yang memilih calon suami.
Lelaki Islam yang berasal dari Bradford, England, telah memulakan petisyen meminta YouTube untuk menurunkan video itu dan mendakwa ia mempermainkan agama ( blasphemy ) . Petisyen dalam talian itu juga telah menarik lebih 65,000 tandatangan daripada negara di seluruh dunia, termasuk Australia, Arab Saudi, Pakistan dan Bangladesh.
‘Menggunakan nama Tuhan dengan cara yang tidak relevan dan tidak digemari akan dianggap tidak wajar oleh mana-mana agama sekalipun. ‘ Menurut seorang penandatangan petisyen , Taufik Hidayat , dari Bandung , Indonesia, video ini benar-benar menyinggung perasaan umat Islam.
Terkini, Katy Perry sudah memadamkan kalimah Allah daripada videonya pada minit ke 1:15 selepas mendapat pelbagai reaksi negatif khususnya masyarakat beragama Islam seluruh dunia. Rantai kalimah Allah yang dipakai oleh lelaki tersebut dilihat telah dipadamkan dengan teknik ‘photoshop‘.