Tak merasalah nak pakai koleksi Harry Potter edisi khas ni kalau lambat!
Menggabungkan elemen magis dalam fesyen, koleksi Harry Potter edisi khas daripada Carlo Rino ini adalah koleksi yang wajib peminat tegarnya dapatkan!
Apa yang best tentang koleksi ini, setiap satu itemnya memberi visual sempurna yang diinspirasikan oleh House of Gryffindor, Ravenclaw, Hufflepuff dan Slytherin.
Menerusi koleksi ini, kamu boleh dapatkan barangan seperti pilihan beg, dompet kulit, lanyard kulit hingga ke kasut dan topi.
Pilihan Beg Yang Membawa Semangat Houses of Hogwarts
Harry Potter Small Satchel Backpack [RM639] adalah beg serba boleh yang boleh didapati dalam koleksi warna yang menyerlah seperti kuning, merah, biru gelap dan hijau. Perincian yang menarik di beg ini adalah ada rekaan berlian klasik di penutup beg, yang diserikan dengan inisial setiap House of Hogwarts.
- Foto – Carlo Rino
Selain digalas, beg ini boleh digayakan sebagai beg sandang juga tau!
Seterusnya Harry Potter Small Shop Tote [RM619] adalah beg tote yang dihiasi dengan simbol Hogwarts yang berikan aura yang cukup elegan. Kamu boleh gayakan beg ini dengan pegang di tangan atau pakai di bahu.
- Foto – Carlo Rino
Aksesori Jadikan Kamu Lebih Eksklusif!
Untuk pencinta fesyen, ada beberapa pilihan aksesori yang boleh kamu dapatkan seperti:
- Harry Potter Wristlet Short Wallet [RM359], dompet praktikal dengan rekaan eksklusif.
- Harry Potter Short Wallet [RM359], diinspirasikan oleh House of Hogwarts dalam pilihan warna menarik.
- Foto – Carlo Rino
- Harry Potter Lanyard [RM259], tersedia dalam empat pilihan warna yang menggabungkan sentuhan fesyen dan fungsi yang pelbagai.
- Harry Potter Cap [RM99], topi ikonik yang menambahkan lagi gaya yang mempersona.
Rekaan Kasut Yang Cool Untuk Peminat Harry Potter
Bagi kasut pula, kamu diberi pilihan untuk dapatkan sama ada:
- Foto – Carlo Rino
- Harry Potter Loafer [RM259]
- Harry Potter Mules [RM239]
- Harry Potter Sneakers [RM299]
Koleksi Carlo Rino X Harry Potter Edisi Khas ini boleh didapati di butik dan web [CARLO RINO].
Happy shopping!