Adakah kamu sudah bersedia untuk keluarkan inner heroin kamu dengan koleksi baru Carlo Rino?
Istimewanya untuk mereka yang meminati siri animasi adiwira, DIVA ada satu berita baik untuk kamu! Dengan penuh keterujaan dan keseronokkan, jenama Carlo Rino baru sahaja melancarkan koleksi edisi khas hasil kolaborasi dengan Warner Bros iaitu Powerpuff Girls!
Lebih daripada sekadar kolaborasi edisi khas, koleksi ini merupakan pilihan peribadi DIVA kerana kamu dapat mengimbau nostalgia di samping bergaya dengan setiap item yang direka dengan sentuhan kotemporari.
Intai di bawah untuk lihat koleksi edisi khas Powerpuff Girls yang bakal mencuri hati kamu dengan rekaan yang sangat unik dan cool untuk si fesyenista!
Bergaya Sambil Miliki Kuasa Magik Powerpuff Girls!
Apa yang membuatkan DIVA syorkan kamu untuk bergaya dengan koleksi Powerpuff Girls ini adalah setiap itemnya diperincikan dengan pesona adiwira kegemaran Townsville iaitu Bubbles, Blossom dan Buttercup.
Kamu boleh lihat perincian ini di item seperti:
Powerpuff Girls Crossbody [RM639]
Dihiasi dengan separuh wajah adiwira Powerpuff Girls, crossbody bag menampilkan tali rantai yang memberikan penampilan yang agak garang dan bold pada kamu.
- Foto – Carlo Rino
Menariknya crossbody bag ini, ianya sangat praktikal dan saiznya pula ideal untuk kamu bawa semua barang keperluan tanpa perlu risau jika ia tidak muat.
Powerpuff Girls Wallet Crossbody [RM399]
- Foto – Carlo Rino
Bagi mereka yang gemarkan aksesori yang bergaya dan berfungsi dalam satu masa yang sama, DIVA syorkan kamu dapatkan wallet crossbody. Ini kerana aksesori ini menawarkan organisasi yang sangat efisien dalam sebuah dompet. Kamu boleh gayakannya secara dompet biasa atau gunakan tali untuk jadikan ia sebagai wallet crossbody yang comel!
Powerpuff Girls Mini Double Bag [RM599]
Untuk kamu yang sukakan penampilan yang comel dan manis tetapi mahukan sesuatu yang praktikal, pastikan kamu dapatkan mini double bag ye. Powerpuff Girls Mini Double Bag ini adalah duo dinamik iaitu tote dan bag mini yang hadir secara bersama.
- Foto – Carlo Rino
Psst… DIVA paling love aksesori ini!
Powerpuff Girls Sneakers [RM359]
- Foto – Carlo Rino
Yang terakhir adalah sneakers, di mana Carlo Rino mengeluarkan tiga variasi pesona adiwira Powerpuff Girls. Menariknya sneakers ini, ianya direka dengan tapak dalam kasut berkusyen dan dilengkapi dengan struktur menyokong langkah harian kamu untuk lebih selesa!
Dapatkan koleksi Powerpuff Girls ini di butik, web Carlo Rino dan juga gedung beli belah utama seluruh negara. Happy shopping!