Sememangnya kumpulan wanita Korea, BLACKPINK tak henti-henti cuba mencuri perhatian orang ramai dengan kehadiran mereka. Dan baru-baru ini, ahlinya iaitu Rosé telah menarik perhatian dengan penampilan elegannya ketika berada di majlis Tiffany&Co.
Rosé duta kepada jenama barang kemas mewah Amerika itu telah menghadiri majlis pelancaran “Vision & Virtuosity” Tiffany&Co. yang diadakan di London.
Walaupun kehadirannya cukup membuatkan orang terpesona, tapi ada satu lagi perkara yang menambahkan tarikannya iaitu gaun putih yang dipakainya ketika majlis tersebut.
Perincian Unik Gaun Putih Rosé
Penyanyi tinggi lampai ini mengenakan gaun berona putih daripada Rokh, koleksi Musim Bunga 2022. Gaun putih dengan garis leher empat segi ini telah diperincikan dengan potongan sisi.
Menariknya gaun ini, perincian potongan sisinya yang luas sehingga atas punggung ini dapat mendedahkan bentuk tubuhnya yang ramping. Malah gaun cutout flare ini juga beri ilusi tubuh Rosé yang lebih panjang.
Di atas gaun cutout flare ini dijahit dengan kristal yang berkilauan. Ensemble yang unik di seluruh gaun ini memberikan Rosé penampilan yang extra edge seperti puteri Disney moden dengan gaun berkilauan.
- Foto – Twitter / Vogue
Untuk penampilan yang lengkap, Rosé telah memakai berlian pada gelang tangan, anting-anting dan rantai loket daripada koleksi Tiffany&Co. iaitu Colors of Nature.
Manakala rambutnya pula digayakan dalam warna platinum blonde dengan stail half updo; separuh diikat ke atas dan separuh dibiarkan lepas ke bawah. Bahagian wajahnya pula dihiasi dengan helaian rambut yang membingkai wajahnya serta solekan yang minimal.
Ringkas tapi cukup mempersonakan untuk tarik perhatian orang ramai!