Sebenarnya memang Rose nampak biasa…
DIVA faham peminat akan berasa teruja bila mendapat khabar artis kegemaran mereka akan membuat kemunculan di karpet merah eksklusif. Terutamanya seperti karpet merah Vanity Fair After-Party, pasti membanggakan bila melihat selebriti kesayangan berjaya menyerlahkan nama dan bakat mereka setanding artis global. Malah, ketika itu juga ramai yang mahu melihat gaya fesyen dan kecantikan yang dibawa oleh mereka.
Lain ceritanya dengan Blackpink Rose. DIVA juga agak terkejut dengan gaya yang dipamerkan oleh Rose dan team. Rose memilih untuk bersama helaian Saint Laurent yakni sebagai duta label mewah tersebut. Dress perang berkilat tanpa lengan. Mendedahkan leher dan dada serta bahagian ikatan dress yang menyerlahkan lagi tubuh langsing penyanyi pop ini. Pilihan dress ini cocok dengan jiwa minimalis Rose dan aura mudanya.
Pun begitu, peminat mula menyoal keserian solekan Rose yang tenggelam. Apatah lagi, Rose tampil dengan berkaca mata. Sayang sebenarnya, ramai tidak dapat melihat keseluruhan wajah Rose yang cantik semulajadi. Malah ada peminat yang bertindak keterlaluan dengan memberi kritikan terus kepada jurusolek Rose, Maeng.
Bukan apa, sudah acap kali Rose dihidangkan gaya solekan yang sangat ringkas. Mungkin ada masanya Rose perlu bermain dengan warna atau gaya lain. Peminat sudah tentu jemu dan mereka menunggu sesuatu yang boleh dijadikan ilham juga.
Seperti gaya di Vanity Fair After-Party 2024, Rose tidak memberi komitmen dalam wow factor. Jadi salah siapa?