“Best rupanya tak pakai seluar dalam ni.”
Mungkin ada yang pelik kerana boleh dikatakan setiap masa kita akan pakai seluar dalam. Tapi adakah kamu tahu, tak pakai seluar dalam ini lebih selesa terutamanya pada waktu tidur.
Bukan sahaja bahagian intim kamu berasa ‘bebas’ dan selesa, tetapi sebenarnya ada banyak kebaikan bila kamu tak pakai seluar dalam. Tak percaya?
Jom baca perkongsian di bawah;
Apa Kebaikannya Bila Tak Pakai Seluar Dalam?
Info untuk kamu, kebanyakan pakar dan ginekologi akan menyarankan untuk tidak memakai seluar dalam ketika tidur. Tambah-tambah lagi bagi wanita yang mempunyai masalah dengan faraj.
Tidur lebih nyenyak
Tidur dalam keadaan berbogel atau tanpa seluar dalam sebenarnya boleh menjadi terapi stres. Ini kerana kamu akan berasa lebih bebas dari sebarang pergerakan seperti geseran kulit dengan seluar dalam.
Malah tak pakai seluar dalam juga akan buatkan badan menjadi lebih tenang dan mudah untuk tidur dengan nyenyak.
Kualiti sperma lebih terjaga
Bagi lelaki pula bila terlalu lama pakai seluar dalam, mereka boleh menyebabkan testis untuk susah ‘bernafas’ dan meningkatkan suhu di kawasan sekitarnya.
Kesannya ia akan pengaruhi organ pembiakan lelaki dengan mengganggu pengaliran darah ke buah zakar. Jika tidak dihiraukan, ia berisiko untuk mempengaruhi kualiti serta menurunkan jumlah sperma.
Peredaran darah menjadi lancar
Selain organ-organ badan yang lain, peredaran darah yang lancar di bahagian intim juga sangat penting. Sebab itulah bila tidur tanpa memakai seluar dalam, kamu boleh elak daripada gangguan pengaliran darah yang menjurus kepada beberapa komplikasi.
Bahagian intim dapat ‘bernafas’
Menurut pakar ginekologi, bahagian intim tidak sepatutnya tertutup ketika tidur. Ini kerana bakteria dan kulat mudah membiak di kawasan yang gelap, lembap dan panas.
Selain itu jika kamu memakai fabrik yang tidak sesuai, bahagian intim kamu cenderung untuk berpeluh dan alami iritasi. Jadi biarkan bahagian intim tanpa sebarang seluar dalam untuk alat sulit kamu ‘bernafas’.
Kurang risiko jangkitan pada alat sulit
Ramai yang bimbang bila tak pakai seluar dalam, lebih banyak bakteria akan membiak di bahagian intim, betul tak? Sebenarnya salah kerana tak pakai seluar dalam dapat elakkan beberapa risiko jangkitan.
Bagi wanita, kamu boleh elakkan jangkitan seperti bacterial vaginosis, yis atau kulat pada faraj. Malah kamu juga dapat kurangkan kelembapan di kawasan intim.
Hubungan lebih rapat dengan pasangan
Bagi suami isteri yang tak tahu, tidur tanpa memakai seluar dalam dapat meningkatkan kualiti hubungan dengan pasangan di ranjang. Walaupun ramai yang tahu seks penting dalam hubungan, tetapi apa kaitannya dengan seluar dalam?
Ketika tidak pakai seluar dalam bila bersama dengan pasangan, sentuhan kulit ke kulit akan berlaku. Maka pengeluaran hormon oxytocin atau hormon cinta akan berlaku untuk merangsang pasangan.
Risau Tidak Selesa? Buat Macam Ini…
Wanista percaya ramai yang ragu-ragu dan tak selesa bila nak cuba cara begini. Tetapi kalau tak mahu tidur berbogel atau tanpa seluar dalam, kamu boleh buat begini:
- Pakai seluar tidur jenis kapas dan longgar untuk elak daripada peluh dan serap kelembapan di bahagian intim.
- Elak fabrik seluar dalam jenis renda atau sutera kerana boleh merengsakan alat sulit.
Jadi apa kata malam ini kamu cuba tidur tanpa pakai seluar dalam. Memang best!