Rasa macam tak pernah terfikir ianya wujud kerana pelik sangat tetapi situasi ini memang real!
Berasal dari Selatan Yokshire, Becca Butcher (23 tahun) digelar sebagai ‘late developer‘ apabila hanya memiliki sebelah payudara sahaja yang tumbuh.
Menghidapi Sindrom Poland, wanita ini mempunyai sebelah payudara kecil berbanding sebelah lagi. Payudara kanannya merupakan D-cup manakala payudara kiri adalah A-cup.
Setiap Doktor Yang Berbeza Beritahu Ianya Normal
Ketika menginjak usia akil baligh, Becca menyedari bahawa payudara kanannya makin membesar berbanding dengan bahagian kiri.
Melihat perbezaan tersebut buat kali pertama, Becca mengaku dirinya menganggap tiada guna untuk memakai bra sehingga payudara kirinya ‘tumbuh’ seperti sediakala.
“Apabila diusik dengan teruk oleh rakan sekolah, saya terpaksa memakai bra tetapi saya menggunakan saiz yang kecil, sesuai untuk payudara kiri.
Untuk saiz payudara kanan pula, saya akan menolak dan memasukkan payudara ke dalam bra untuk ‘memuatkannya’.”
Menghabiskan zaman remajanya dengan berjumpa pelbagai doktor yang berlainan, kebanyakan doktor memberitahu bahawa ia keadaan yang normal kerana dia belum selesai fasa akil baligh.
Sindrom Poland Lebih Kerap Berlaku Dalam Kalangan Lelaki
“Saya akan pergi setiap enam bulan atau lebih untuk berjumpa dengan doktor. Dan saya fikir satu hari nanti secara magiknya saya memiliki dua payudara.”
Mendengar pernyataan yang sama berulang-ulang kali, Becca mula mencari maklumat dalam talian dan menjumpai artikel mengenai Sindrom Poland.
Menurut Medline Plus, sindrom Poland ini merupakan gangguan kepada seorang individu yang lahir dengan otot yang hilang atau kurang berkembang di satu bahagian badan (dada, bahu, lengan dan tangan).
Berbeza bagi setiap individu yang menghadapinya, jika kehilangan sebahagian daripada otot dada utama ianya disebut sebagai pectoralis major yang melibatkan sebahagian besar otot yang bergerak dari lengan sehingga ke tulang dada (sternum).
Dalam kebanyakan kes, situasi keabnormalan ini tidak menyebabkan masalah kesihatan atau mempengaruhi pergerakan seseorang individu.
Untuk pengetahuan kamu, Sindrom Poland ini lebih banyak berlaku dalam kalangan lelaki berbanding dengan wanita.
Mula Berkongsi Dan Ramai Yang Menghadapi Situasi Ini
Setelah menjumpai artikel mengenai sindrom ini, Becca berjumpa semula dengan doktor untuk mengesahkannya.
“Kebanyakan doktor tidak pernah mendengar tentang Sindrom Poland dan menyebabkan ia tidak didiagnosis”
Kemudian, Becca juga telah berkongsi pengalamannya sebagai salah seorang penghidap sindrom ini dan membina satu komuniti wanita yang menghadapi perkara yang sama.
https://www.youtube.com/watch?v=AbmF-DO7Vyo
Becca telah memuat naik video di YouTube dan menerima mesej baru hampir setiap minggu daripada individu atau orang yang mempunyai saudara yang menghadapi sindrom ini.
Malah kebanyakan wanita mengatakan mereka hidup dengan keadaan itu sepanjang masa dan tidak pernah mempunyai teman lelaki kerana bimbang mereka tidak akan sukakannya.
Pernah Ditawarkan Pembedahan Payudara
Selain itu, Becca juga pernah ditawarkan untuk melakukan pembedahan payudara bagi mengelakkan dirinya diejek oleh orag sekeliling.
National Health Service (NHS) menawarkan perkhidmatan untuk menjadikan payudara kirinya sama saiz seperti payudara kanannya tetapi dia menolak dengan sekeras-kerasnya.
“Di hospital, saya dihantar ke pakar payudara. Mereka tawarkan saya lakukan pembedahan payudara percuma tetapi saya menolak untuk lakukan pembedahan.”
Menolak tawaran pembedahan percuma itu, Becca menyatakan dia hanya mahukan informasi mengenai keadaan tersebut.
Malah dia mahu tahu bagaimana caranya untuk menghadapinya kerana dia tidak mahu mengubah bentuk tersebut.
Dengan keadaannya memiliki satu payudara sahaja yang tumbuh, Becca telah menerima keadaan dirinya dan mula menghargai setiap bentuk tubuh tanpa perlu mengubahnya.