Sama ada anda peminat dengan fesyen atau tidak, anda mungkin tahu nama beberapa jenama fesyen terbesar di luar sana – Prada, Calvin Klein, Marc Jacobs, Christian Louboutin dan lain-lain. Biasanya, mastermind disebalik jenama tersebut adalah camera-shy dan tidak menyenangi perhatian dari media.
Sekiranya anda pernah tertanya-tanya bagaimana wajah-wajah individu hebat yang mencipta rekaan ikonik dan luar biasa ini, Wanista kongsi..
Christian Louboutin
Inilah individu disebalik sepatu tumit tinggi kegilaan ramai wanita, Christian Louboutin. Masih muda dan tegap di usia 56 tahun.
Vera Wang
Kita selalu mendengar nama Vera Wang pada busana pengantin sebilangan selebriti. Beliaulah tulang belakang dalam menghasilkan rekaan yang ironik yang menjadi inspirasi ramai wanita muda. Siapa sangka Vera Wang kini sudah 70 tahun.. Serius beliau nampak muda dan cergas.
Calvin Klein
Satu lagi nama yang tidak perlu diperkenalkan. Seluar dalam, t-shirt, minyak wangi, aksesori serta pelbagai lagi terhasil darinya sahaja.
Manolo Blahnik
Sama seperti Christian Louboutin, namanya menjadi pilihan kebanyakan wanita untuk seleksi sepatu tumit tinggi. Menaikkan nama beliau apabila sepatunya kerap muncul dalam siri televisyen Sex and the City.
Gianni Versace
Menariknya, pakaian Versace mengambil inspirasi dari budaya kontemporari dan pop, serta banyak melakukan kolaborasi dengan legenda Elton John, Cher, Sting, Tupac dan The Notorious B.I.G. Pada 15 Julai 1997, Versace ditembak dan di bunuh di luar rumahnya pada usia 50 tahun. Selepas kematiannya, kakaknya Donatella mengambil alih perniagaan.
Miuccia Prada
Disebalik jenama Prada merupakan wanita cantik. Cucu paling muda Mario Prada, Miuccia Bianchi Prada diberi tanggungjawab mengambil alih perniagaan keluarga pada tahun 1978 dan terusan membina empayar fesyen sehingga ke hari ini.
Giorgio Armani
Anda mungkin memakai koleksi minyak wanginya. Giorgio Armani tidak memerlukan cebaran pengenalan. Lelaki genius ini dilahirkan di Itali dan kini terkenal dengan seleksi pakaian berpotongan bersih dan kemas, bahkan untuk pakaian harian.
Kenzo Takada
Kenzo Takada, pereka kelahiran Jepun paling disegani, berpindah ke Paris selepas menamatkan pengajian dari Tokyo Bunka Fashion College. Beliau kemudiannya mendirikan sebuah kedai di bandar dan membuat pakaian dari kain yang dibelinya dari pasar lambak. Kejayaan beliau bermula pada tahun 1970 sehingga ke hari ini.
Donna Karan
Donna Karan seorang pereka fesyen Amerika dan pemilik label pakaian Donna Karan New York dan DKNY. Beliau sering digelar sebagai The Queen Of Seventh Avenue dan sentiasa menegaskan bahawa hanya akan membuat pakaian yang akan dipakai olehnya sahaja.
Coco Chanel
One of the greatest fashion brand! Gabrielle Bonheur “Coco” Chanel (19 Ogos 1883 – 10 Januari 1971) adalah seorang pereka fesyen kelahiran Perancis dan ahli perniagaan wanita. Merupakan pengasas kepada jenama ikonik Chanel. Chanel sendiri mencipta monogram interlocked-CC yang telah digunakan sejak tahun 1920-an.
Cara Gianni Versace mati sangat tragis kerana ditembak.. RIP!