Penulis terbaca satu artikel dalam portal Insider dan tertarik untuk berkongsi dengan anda semua. Tahukah, Ratu Elizabeth gilakan buah pisang tapi cara baginda makan bukan seperti kita…
Menurut bekas chef Darren McGrady, Ratu Elizabeth memakan pisang dengan pisau dan garfu kerana tidak mahu kelihatan seperti seekor monyet. Bunyi macam ekstra? Tapi itulah Ratu Elizabeth dan dia boleh lakukan apa sahaja.
Darren McGardy merupakan bekas ketua chef yang pernah berkhidmat di Istana Buckingham dari tahun 1982 hingga 1993. Jadi cukup terang untuk mengatakan bahawa dia tahu dengan tepat bagaimana etika pemakanan yang diamalkan keluarga diraja. Misalnya seperti makan pisang dengan garfu dan pisau.
McGrady memberitahu Today Food tentang protokol diraja bahawa makanan pada acara formal tidak pernah dimakan dengan tangan, bahkan buah segar selalu disajikan sebagai pencuci mulut.
Jadi bagaimana sebenarnya cara makan pisang dengan pisau dan garfu?
Pertama, hujung pisang dipotong. Kemudian kulit pisang “dihiris ke tengah” dari hujung hingga akhir sehingga buah pisang yang tidak diselaputi dapat dibuka. Alihkan kulit untuk memudahkan buah dipotong menjadi kepingan kecil, kemudian makan dengan garfu.
Walaubagaimanapun, McGrady berkata Ratu Elizabeth bukanlah peminat ‘makanan berkanji’, Ratu lebih suka menikmati makanan ringan dan sederhana seperti ikan panggang dan sayur-sayuran tapi pisang adalah pengecualian kerana ia buah kegemarannya.
Cuba korang praktik cara Ratu Elizabeth makan pisang. Curlas tau!