Agaknya kalau artis Malaysia beri alasan sebegini mahu dikecam netizen kerana sombong dan mengada.
Gong Hyo Jin berkongsi bagaimana dia memberi reaksi kepada para peminat yang mahu bergambar dengannya, bunyi agak merepek tapi aktres 30-an ini memang selamba.
Bercakap pada program SBS Power FM ‘Cultwo Show’, ikon fesyen ini memberikan jawapan jujur, “Saya mendapat banyak permintaan untuk bergambar tetapi disebabkan saya selalu barefaced jadi saya kerap menolak, ia bergantung kepada mood saya. Saya terima jika keadaan saya baik.”
Gong Hyo Jin menambah, “Nasib baik sekarang terdapat aplikasi kamera (dengan penapis). Saya memberitahu mereka bahawa saya tidak akan mengambil gambar jika mereka tidak mempunyai sebarang aplikasi bagi memastikan wajah saya kelihatan elok saja.”
Jadi, selepas ini kalau korang nak bergambar dengan mana-mana selebriti, make sure ada filter bagi muka flawless. Lagi terbaik jika menggunakan kamera Huawei Mate 20.