Rangkaian makanan segera McDonalds antara paling popular di dunia. Kalau anda travel kemana sahaja di pelusuk muka bumi pasti terjumpa dengan restoran fast-food ini. Menu utama McDonalds yang biasanya mendapat tempat dihati pelanggannya ialah hidangan burger daging beserta kepingan keju. Bukan itu sahaja, hidangan pencuci mulut seperti aiskrim McFlurry dan Sundae boleh buat orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata untuk menikmatinya.
Kalau di Malaysia, McD keluarkan menu mengikut citarasa tempatan seperti Bubur McD, Nasi McD dan Cakoi McD. Bagaimana pula dengan McDonalds dinegara lain? Mesti ada kelainan yang mereka sediakan untuk pelanggan tempatan mereka.
Jom lihat menu unik McDonalds yang lain…
# Filipina
McSpaghetti
Terkejut rasa bila McDonalds ada menjual hidangan spageti di Filipina dan ia antara menu yang paling laku! Dahulu McD pernah mencuba di Itali tapi orang Itali menolaknya kerana tidak berpuas hati tiada kualiti seperti spageti Itali yang sebenar. Akhirnya di Filipina juga McSpaghetti disukai dan paling best makan dengan ayam goreng McD!
# Jepun
Carbonara Fries
Baru sahaja dijual pada bulan Oktober lalu dan ianya hanya untuk masa yang terhad. Kentang goreng McD yang dicurah kuah carbonara berkeju pekat. Istimewa kuah carbonara ia dimasak dengan tiga jenis keju, bakon dan lada hitam.
# India
Maharaja Mac
Sama seperti Big Mac tapi bezanya, Maharaja Mac dijual dengan kepingan daging ayam dan sayuran. Ini diatas memenuhi keperluan pelanggan di India yang rata-ratanya tidak memakan daging lembu. Maharaja Mac boleh dikatakan burger yang sihat berbanding Big Mac. Hehehe~
# Kanada
Poutine Fries
Sedapnya! Hidangan asal dari Quebec, Kanada ini telah mengubah citarasa penggemar kentang goreng McD. Pelanggan akan mendapat sekotak kentang goreng yang disalut kuah lada hitam berperasa ayam dan taburan keju. Paling sedap bila dimakan panas…
# Sweden
Toblerone McFlurry
Agak-agak berapa lah harga McFlurry ini? Hanya di sesetengah McDonalds negara Eropah sahaja yang menyediakan McFlurry dengan versi coklat Toblerone. Kalau di Malaysia McFlurry Oreo paling popular, disana inilah dengan adunan aiskrim vanila beserta Toblerone perisa madu dan hirisan nougat.
# Austria
McNoodles
Tak sangka McDonalds Austria bawa keluar mee gorang versi McD! Hidangan McNoodles ini hanyalah untuk masa yang terhad sahaja. McDonalds Austria mahu memperkenalkan citarasa Asia kepada pelanggan mereka dan ia pernah menjadi menu kegilaan rakyat Austria ketika itu. Mee goreng Mamak lagi sedaplah..hiks!
# Hong Kong
Sausage and Egg Twisty Pasta Breakfast
Ekstra sangat set sarapan pagi dari McDonalds Hong Kong ini. Anda akan dapat hidangan pasta sup bersama telur goreng dan daging burger. Bagi penulis inilah hidangan paling unik di McDonalds.
Tiba-tiba penulis rasa lapar sangat….