Acara Trooping the Color yang meraikan ulang tahun kelahiran Ratu Elizabeth diadakan saban tahun. Balkoni diraja tahun ini kelihatan lebih padat berbanding biasa apabila lebih ramai kerabat keluarga menyertainya. Malah yang paling menjadi perhatian adalah pasangan baru Putera Harry dan Meghan Markle.
Namun kemunculan para si cilik Putera George, Puteri Charlotte dan Savannah Philips (cicit Ratu Elizabeth) telah menjadi rakaman utama kamera media.
Gelagat Savannah Philips dan Putera George tular di media sosial apabila mereka dilihat bergurau ketika menyanyikan lagu God Save the Queen iaitu lagu kebangsaan United Kingdom.
Savannah yang berusia 7 tahun itu pada mulanya bermain-main menjadi konduktor pemuzik bagi okestra lagu direnung tajam oleh Putera William dan Kate Middleton. Dilihat Puteri Charlotte terhibur dengan Savannah sambil tergelak kecil.
Kemudian dengan tiba-tiba Savvanah menutup mulut Putera George dan merenung tepat ke arah kamera. Agaknya dia tak suka suara Putera George menyanyi!
https://twitter.com/HowTickledIAm/status/1005420823161786368
Aksi spontan tersebut menjadikan Savannah hiburan tular di media sosial sebentar. Iyalah, siapa berani nak tutup mulut bakal raja. Bukan setakat tutup mulut, dia juga menyuruh Putera George untuk diam semasa acara.
Budak-budak memang selamba dan comel!