Funmaii, jenama kedai runcit bebas tunai pertama yang dibangunkan anak Malaysia ini baru sahaja membuka satu lagi cawanngan di Bandar Puteri, Puchong selepas di Sunway Nexis, Kota Damansara pada Januari lalu.
Direka untuk memenuhi keperluan pengguna akan barangan serbaneka, ia menggabungkan medium pembayaran elektronik dengan suasana membeli-belah yang menyeronokkan. Pelanggan hanya perlu mengambil barangan yang mahu dibeli sebelum terus ke kaunter untuk membuat pembayaran menerusi aplikasi pembayaran atas talian Funmaii mahupun dengan menggunakan Mastercard atau Visa Credit Card.
Selain menjual produk makanan kegemaran Malaysia, Funmaii juga menawarkan pelbagai produk lain termasuk snek lazat, minuman Jepun, Korea, Taiwan dan Thailand.
Funmaii melihat peluang yang lebih besar untuk memajukan dunia perniagaan tanah air dengan membawakan lebih 100 buah kedai runcit bebas tunai pada 2019 nanti. “Kami mahu mewujudkan suasana membeli-belah yang tidak kelam-kabut tanpa menggunakan wang tunai yang pastinya bersesuaian dengan gaya hidup moden masyarakat masa kini yang biasanya sibuk,” kata Dato’ Brian Wee, Pengasas bersama Funmaii.
Jangan ketinggalan, pengguna yang membeli-belah di Funmaii bias menebus ganjaran istimewa berbentuk baucar, rebat dan kredit lebih yang bisa dimanfaatkan untuk pembelian seterusnya!
Tonton Video Pengalaman Membeli-Belah Di Funmaii
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.funmaii.com] atau lawat laman Facebook rasmi Funmaii di [www.facebook.com/Funmaii].