Seorang pakar amatur dalam penyiasatan nahas pesawat mendakwa sesungguhnya dia telah menemui bangkai pesawat MH370 yang hilang sejak empat tahun lalu menerusi Google Earth baru-baru ini.
Pesawat yang memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur untuk ke Beijing itu membawa 239 penumpang termasuk krew kabin pada Mac 2014.
Peter McMahon yang juga seorang Jurutera Mekanikal berasal dari Australia itu memiliki lebih 25 pengalaman dalam penyiasatan nahas pesawat berkata, dia kini yakin bahawa bangkai pesawat yang ditemui menerusi Google Earth itu terletak 16 kilometer di arah Selatan Round Island, Utara Mauritius.
Untuk pengetahuan semua, kawasan itu adalah kawasan yang belum pernah disentuh oleh para penyiasat sebelum ini.
Dalam sebuah kenyataan McMahon, dia sudah pun menghantar bukti tersebut kepada pihak Biro Pengangkutan dan Keselamatan Australia (ATSB) yang mungkin bisa membantu menyelesaikan misteri ini namun pegawai Amerika Syarikat sebaliknya telah menolah permohonan itu malah seperti merahsiakan sesuatu maklumat.
“Empat orang warganegara Amerika telah dihantar ke Australia untuk melihat sendiri hasil penyisatan MH370.
“Mereka juga telah memastikan kesemua maklumat yang diperolehi disorok daripada pengetahuan umum termasuk pihak kerajaan – tapi kenapa?,” tambahnya.
Selain itu, McMahon juga ada menyebut tentang satu tuntutan yang mengejutkan bahawa bangkai pesawat MH370 itu sebenarnya dipenuhi lubnag peluru dan oleh kerana itulah pihak berkuasa cuba sehabis mungkin untuk mengelak orang ramai tahu tentang kisah sebenar.
Secara keseluruhan, kehilangan pesawat Malaysia Airlines jenis Boeing 777 itu adalah kehilangan pesawat paling misteri yang pernah berlaku dalam sejarah penerbangan dunia dan pakar masih lagi meneruskan penyiasatan untuk merungkai punca serta kehilangannya.
Sebelum ini, pencarian telah dilakukan antara tiga negara iaitu Australia, Malaysia dan China dengan menelan belanja sebanyak hampir RM500 juta dan akhirnya ditamatkan pada Januari tahun lalu.
TERKINI
Gembar-gembur dakwaan yang mengatakan bangkai pesawat yang dikesan menerusi Google Earth adalah MH370 telah ditolak dan dianggap tidak berasas. Bahkan, ada sumber melaporkan ianya cuma bangkai pesawat lama.