Ada orang muka dah elok, bersih dari sebarang cela tapi bibir pula sebaliknya.
Adalah menjadi kebiasaan untuk mengekalkan rejim penjagaan wajah tetapi jangan lupa juga betapa pentingnya mengekalkan bibir yang sihat dan lembut. Mempunyai bibir kering mahupun berkerak hanya membuatkan penampilan anda cacat apatah lagi saat dioles dengan gincu, cukup menyakitkan mata orang yang melihat.
Untuk itu, sebagai tambahan kepada Laneige Lip Sleeping Mask yang membantu dalam merawat dan melembapkan bibir anda semalaman, Laneige muncul dengan produk baharu Laneige Lip Glowy Balm.
Murumuru dan Shea Butter
Laneige menggunakan minyak yang ditanam kerana kajian menunjukkan bahawa ia mempunyai kandungan air yang tinggi, yang membantu mengekalkan kelembapan bibir untuk tempoh yang lebih lama.
Murumuru Butter, mentega semulajadi yang diperbuat daripada benih pokok Palma mengandungi asid linoleik, memberi kelembapan pada bibir – menghalang daripada menjadi kering dan berkedut.
Shea Butter, mentega semulajadi yang berasal daripada pokok Shea Fruit, memberikan penghidratan hebat je bibir dengan komponen asid lemaknya yang kaya. Kedua-dua gabungan genius ini membentuk lapisan kelembapan untuk penghidratan yang tahan lama.
Laneige Lip Glowy Balm hadir dalam empat perasa yang sangat menarik iaitu Berry, Grapefruit, Peach, Pear (berharga RM 45) boleh didapati di kaunter dan butik kecantikan Laneige bermula Mac 2018.