Tahun baru ini, ada ke yang merancang untuk susutkan berat badan? Sudah tentulah…. rata-rata wanita memang berazam untuk kuruskan badan namun acap kali kita tersimpang gara-gara terlalu malas dan tidak dapat berdisiplin dalam menjalani diet.
Lagipun, siapa sahaja yanng boleh tahan dariapda mengambil makanan yang enak-enak betul tak? Setakat sayur dan buah-buahan setiap hari pasti tak lalu dibuatnya.
Untuk itu, Wanista cadangkan anda untuk mengamalkan “diet minuman” menggunakan pelan istimewa ini. Jom belajar caranya!
Sarapan
Boleh mulakan hari pagi dengan minuman jus buah-buahan atau campuran sayur segar. Makanlah bijirin atau yogurt mahupun makanan berasakan gandum penuh dalam kuantiti yang seimbang jika mahu. Dalam masa yang sama, jangan lupa ambil makanan tambahan bersumberkan susu seperti yogurt.
Anda boleh bergilir-gilir meminum pelbagai jus dan memakan bijirin setiap hari tetapi anda boleh juga gabungkan kedua-dua jus dan bijirin menjadi smoothie kerana rasanya lebih enak dan mudah diminum. Boleh buat smoothie guna buah potong, sayuran, bijirin bgranola dan yogurt.
Makan Tengahari & Malam
Makanlah sup puree untuk waktu tengahari dan malam. Anda boleh buat sendiri menggunakan resepi-resepi sup puree mudah yang boleh dicari di internet. Jika mahukan lebih khasiat, boleh tambahkan yogurt, buah avokado mahupun tauhu lembut ke dalam sup. Tetapi perlu dipastikan yang sup puree itu bertekstur halus dan pekat tanpa sebarang ramuan yang berbuku. Pastikan semua ramuan dan bahan sudah hancur sebati (dikisar) umpama makanan bayi.
Untuk minuman, amalkan minuman campuran susu skim atau serbuk protein. Boleh juga padankan sup puree tadi dengan minuman campuran teh lemon dengan madu, susu atau jus sayuran (green juice).
Snek & Pencuci Mulut
Oleh kerana anda sudah terlalu banyak memakan/meminum cecair pada waktu sarapan dan ketika makan tengahari dan malam, anda dibenarkan mengambil snek atau pencuci mulut yang berat sedikit seperti puding, ais krim, sherbet, susu goncang (milkshakes), krim, dan yogurt kastard.
Untuk pengetahuan semua, diet cecair ini biasanya perlu berada di bawah pemerhatian doktor kerana takut-takut anda kehilangan nutrisi yang dibutuhkan tubuh. Oleh itu, sila dapatkan nasihat doktor atau pakar diet terlebih dahulu sebelum memulakan pelan ini.
Selamat beramal! ❤️