Sebut sahaja ‘supermodel’ pasti kita semua membayangkan gerak atur langkah yang menawan dan penuh yakin. Sudah menjadi adat untuk seseorang yang bergelar model mempunyai gaya tersendiri dalam the walk mereka apatah lagi yang bergelar ‘supermodel’.
Malang sememangnya tidak berbau, begitulah yang terjadi pada Bella Hadid apabila dia tiba-tiba jatuh ketika hendak turun dari tangga selepas keluar dari sebuah kelab malam di New York. Gambar Bella sempat dirakam, dia dilihat hampir tersungkur dan sempat dibantu oleh pegawai kelab.
Namun selepas kejadian, Bella tetap dengan sikap tenang dan ceria. Bella ditemani seorang rakan rapat, Kendall Jenner dan Hailey Baldwin.
Pada tahun lalu juga, Bella pernah jatuh ketika berjalan untuk pertunjukan fesyen Michael Kors.
Alah apa nak kisah, biasalah jatuh-jatuh..supermodel macam mana pun kita tetap orang biasa.