Dalam usaha bagi meringankan beban rakyat sepanjang musim perayaan, pihak kerajaan akan mula membuat agihan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) secara berperingkat bermula 5 Jun ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Menteri Kewangan berkata ini adalah selari dengan musim Hari Raya Aidilfitri yang dijangka akan jatuh pada tarikh 25 Jun.
“Pengagihan ini turut melibatkan penerima BR1M sesi pertama (pada Februari lalu).
“Bagi pemohon lain yang layak menerima, agihan dijangka dapat dilakukan pada 17 Jun.
“Kerajaan Malaysia berharap dengan adanya bantuan kewangan BR1M ini, sedikit sebanyak ia dapat membantu rakyat, terutamanya yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi membeli keperluan yang diigini,” tambahnya.
Diingatkan, bayaran akan terus disalurkan ke akaun bank penerima.
Buat sesiapa yang tidak memiliki akaun bank, surat pengesahan akan dipos kepada penerima berkenaan yang kemudian boleh menuntut BR1M di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh Malaysia.