Jenama coklat nombor satu, KitKat dan kedai istimewa pertamanya, KitKat “Chocolatory” berjaya memperkenalkan ciptaan terbaru Ais Krim Potong yang dihasilkan melalui kerjasama dengan chef selebriti, Anis Nabilah.
“Diilhamkan daripada kepelbagaian perisa Ais Krim Potong Malaysia, kami pasti ciptaan baharu ini akan menggamit memori zaman indah kanak-kanak; bunyi loceng motosikal penjual ais krim di taman perumahan yang membawa pelbagai pilihan perisa ais krim yang ‘dipotong’ itu. Kini, KitKat “Chocolatory” akan menghidupkan semula pengalaman menggembirakan itu, ditambah dengan warna-warni serta kreativiti dan disajikan di dalam sebuah kotak khas. Apatah lagi dengan musim perayaan yang bakal tiba ini, Ciptaan Ais Krim Potong ini boleh dijadikan buah tangan semasa rumah terbuka yang pastinya digemari ramai rakyat Malaysia,” kata Chef Selebriti, Anis Nabilah.
Ciptaan Ais Krim Potong Anis Nabilah
- Ros Sirap Bandung: Wafer rangup istimewa bersalut coklat lembut berperisa ros yang disempurnakan dengan sentuhan akhir kelopak bunga mawar.
- Mangga Harum Manis: Coklat berperisa mangga ditambah dengan kerangupan badam yang menyelaputi wafer terkenal KitKat.
- Santan Kelapa: Coklat putih berperisa kelapa lazat dengan kerisik dan kacang pistasio untuk memberikan lebih kerangupan, menjadi adunan yang menyelimuti wafer istimewa KitKat.
- Teh Tiga Lapis Klasik: Perisa tradisional gula Melaka diadun dengan coklat mewah, kacang gajus, teh hitam dan wafer rangup untuk sebuah pengalaman yang sempurna.
Sempena bulan Ramadan dan musim Raya ini, KitKat “Chocolatory” akan mengadakan promosi Balik Kampung di Kiosk Ramadan, Centre Court Mid Valley Megamall dari 8 Jun sehingga 2 Julai. Sepanjang tempoh ini, pelanggan boleh mendapatkan empat edisi khas istimewa KitKat serta satu pek hadiah PERCUMA untuk keluarga dan rakan-rakan.