Bagaimana kita ingin mamastikan kanta lekap yang diguna merupakan kanta lekap ideal?
Alice Tan, Profesional Service Manager dari Baush+Lomb Malaysia menjelaskan bahawa ciri kanta lekap yang ideal ialah kanta lekap yang memberi prestasi penglihatan yang memuaskan, selesa serta mengekalkan fisiologi kornea yang baik dan mudah dikendalikan.
Untuk itu, kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday yang menampilkan bahan revolusi Hypergel dan telah dianggap sebagai kanta lekap yang ideal oleh ramai professional dan para pengguna kerana kualitinya.
“Hypergel merupakan bahan generasi baru yang direka khas untuk berfungsi seperti mata dengan 78 peratus kandungan air, sepadan dengan kandungan air kornea dan meniru lapisan lipid filem yang terdapat di dalam air mata untuk mengekalkan kelembapan.
“Hypergel menggunakan sesuatu makromer iaitu Surface Active Macromers yang befungsi seperti lapisan lipid filem air mata untuk menentang dehidrasi dan mengekalkan kandungan air di dalam kanta sehingga 16 jam. Dengan menggabungkan kelebihan hidrogel dan Hidrogel silicon, Bausch + Lomb Biotrue® ONEday mampu mengekalkan 98 peratus kelembapan sepanjang hari, mendahului kebanyakan kanta lekap yang lain, memenuhi tahap oksigen yang diperlukan oleh mata terbuka tanpa menggunakan silikon untuk mengekalkan mata yang sihat dan sepadan dengan kandungan air kornea untuk penglihatan dan keselesaan yang luar biasa sepanjang hari.
Hypergel Bausch + Lomb Biotrue® ONEday juga menyediakan perlindungan UV, mampu menghalang 70% UVA dan 95% sinaran UVB.
Tidak seperti kanta lekap yang lain, mereka berfungsi seperti mata anda. Untuk keselesaan penglihatan sepanjang hari