Gaya pemakanan sihat yang ditonjolkan para penggemar IIaoIIao harus dijadikan teladan kepada masyarakat umum. Dalam tempoh hanya setahun, para penggemar IIaoIIao di Malaysia telah memakan 20,000 kilogram buah-buahan dan 120,000 kilogram yogurt asli.
Disajikan dengan topping rangup atau buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, nangka, mangga dan buah naga, IIaoIIao berjaya mendorong rakyat Malaysia memakan buah-buahan dimana beratnya menyamai 200,00 biji epal atau lima ekor gajah.
IIaoIIao, yang kini tampil sebagai jenama yogurt sejuk beku yang paling pantas berkembang di Eropah, telah menghidangkan sejumlah 120,000 liter yogurt semulajadi – dalam erti kata lain, cukup untuk mengisi 3,ooo tangki kereta bersaiz sedan.
“Semasa IIaoIIao mula-mula diperkenalkan di Malaysia setahun yang lalu, IIaoIIao berhasrat untuk mengalakkan rakyat Malaysia menukar gaya hidup yang lebih sihat. Para pengguna semakin mencari alternatif atau pilihan kaedah pemakanan yang sihat dengan mengurangkan pengambilan gula, garam, makanan yang tepu iaitu berminyak dan berlemak,” kata Tan Kai Young, Pengarah Loob Management Services Sdn. Bhd.
Sebagai penghargaan kepada para pelanggan setia dan meraikan peralihan kepada gaya pemakanan yang sihat, sempena dengan ulang tahun pertama IIaoIIao di Malaysia, IIaoIIao menawarkan harga istimewa RM 11.00 ke atas pembelian semua saiz tab dan Sanum pada 18 Oktober ini. Untuk memanfaatkan sepenuhnya tawaran, inilah masanya untuk para pelanggan memesan tab bersaiz besar yang lazimnya berharga RM 18.90, manakala Sanum berharga RM 17.90.
Selain daripada promosi ulang tahun pertama, IIaoIIao juga menambah nilai kempen “Well-nesday” mulai Oktober tahun ini. Dengan pembelian minima tab bersaiz sederhana, para pelanggan boleh menikmati diskaun 11% pada hari Rabu minggu pertama, 22% pada hari Rabu minggu kedua dan 33% pada hari Rabu minggu ketiga. Pada hari rabu minggu keempat, kadar diskaun berbalik pada 11%. Dan sekiranya terdapat hari Rabu minggu kelima, sepertimana pada bulan November 2016, diskaun dinaikkan kepada 22%.
Disebut dengan sebutan Yao Yao, IIaoIIao yang disediakan segar – anda tidak akan memperoleh yogurt sejuk beku yang lebih segar daripada IIaoIIao. Diperbuat daripada sajian susu skim, satu tab yogurt IIaoIIao mengandungi 46% kalsium yang perlu ada dalam pemakanan seharian. Walaupun IIaoIIao rendah lemak, rendah kalori dan bebas gluten, tiada kompromi dalam kelazatan rasanya sebagai yogurt yang kaya lagi berkrim.
Sebagai memberi kelainan rasa, IIaoIIao menawarkan pilihan topping yang pelbagai, daripada buah-buahan segar dan berperisa kepada kerangupan bijiran, muesli, cookies, kacang dan rasa yang klasik iaitu OREO. Kerangupan dan perisa diimport dari Eropah dan kebanyakannya tidak dapat dibeli atau diperoleh di mana-mana pasar raya tempatan.
Bertitik tolak daripada pembukaan cawangan pertama cawangan di Pavillion pada bulan Oktober tahun lepas, IIaoIIao kini mempunyai 14 cawangan, dimana cawangan di KLCC akan dibuka untuk para pelanggan pada 15 Oktober 2016. Sebelum tahun 2016 menutup tirai, lima lagi cawangan akan dibuka lokasi berikut: Sky Avenue, Genting; AEON Tebrau dan City Square di Johor Bahru; Ipoh Parade di Ipoh; dan Sunway Velocity di Cheras, Kuala Lumpur.