Merah, coklat, ungu, oren dan pelbagai lagi warna lipstik yang kita semua ingin cuba. Tapi sesuaikah ? Nada tona kulit bagi setiap orang adalah berbeza, nampak cantik warna merah jambu dibibir dia, bila dioles dibibir sendiri. Sendiri tahu lah…
Tak perlu risau, tak perlu khuatir dan tak perlu lah anda menghabiskan wang untuk membeli warna lipstik yang sama. Di bawah Wanista kongsikan kunci rahsia bersama pembaca bagaimana untuk mencari warna lipstik yang sesuai dengan tona kulit.
- Ketahui warna ‘Undertone’ kulit
Yup, langkah pertama sekali pastikan warna undertone kulit anda sama ada cool undertones bagi yang berkulit cerah, warm undertones untuk kulit sawo matang atau neutral tones campuran bagi cool dan warm. Di dalam dunia fesyen sebenar mereka juga menggunakan kaedah ini untuk bidang peragaan dan kecantikan.
- Cool Undertones
Cerah beserta bayangan warna merah jambu, merah di kulit adalah cool tone. Biasanya kulit seperti ini akan terbakar kemerahan bila terkena terik panas matahari. Cara lain untuk mengetahui cool undertone ialah dengan melihat urat dipergelangan tangan seakan-akan berwarna biru atau aksesori perak kelihatan cantik pada anda. Warna lipstik apa yang okay yer? Warna kebiruan-atau-ungu adalah yang terbaik. Sebagai contoh, jika anda ingin mengoles bibir dengan warna merah elakkan merah tona oren tapi pilih merah yang lebih gelap.
Antara warna lipstik pilihan Wanista untuk cool undertone :
- Warm Undertones
Berkuning langsat atau sawo matang adalah warm undertone. Sama seperti cara cool undertone, lihat warna urat dipergelangan tangan jika ia berwarna hijau atau aksesori emas sesuai dengan anda. Yes, warm undertone is your color. Warna bibir yang paling sesuai ialah warna merah cerah atau ke’oren’an.
Contoh pilihan untuk anda :
- Neutral Undertones
Bertuah badan siapa yang memiliki neutral undertone, sesuai memakai aksesori perak dan emas malah tidak usah ragu-ragu untuk memilih warna lipstik. Anda pasti tidak kelihatan pelik jika mengikut apa sahaja warna trend lipstik sekarang. Warna-warna yang bakal menghiasi bibir pemilik neutral undertone :
Masih pening-pening dan tidak faham ?
Jika anda masih lagi dalam keadaan yang tidak pasti apa sebenarnya warna undertone kulit anda, simple hanya ingat untuk kulit cerah lipstik yang bold dan gelap supaya kontra dari warna kulit mereka. Manakala si sawo matang pilihlah warna lipstik selamat seperti merah jambu atau nude color ala Kim Kardashian.
Dan yang penting sekali C.O.N.F.I.D.E.N.T!