Amboi merah betul bibir hang!
Rona merah adalah rona wajib ada dalam set mekap. Ianya warna asas untuk menyerikan wajah walaupun dari sapuan bibir sahaja. Malah warna merah kekal diminati ramai biarpun sudah banyak warna-warna lipstik lain dikeluarkan. Namun, merah tetap saga dalam hati pencinta solekan.
Buat pengeluar produk solekan, sudah tentu pilihan warna merah dari koleksi lipstik menjadi statement khas. Macam tak lengkap kalau tidak ada warna garang dan lantang itu. Nah, DIVA kali ini bermurah hati perkenalkan kepada kamu lipstik merah dari jenama-jenama tempatan.
- SilkyGirl Moisture Rich Lipcolor 05 Divine [RM18.32]
- ALIA Matte Lipstick Colour Brick Red [RM17.52]
- SHERO Ultra Moist Longwear Lipstick 05 Red Diva [RM89]
- Wawa Cosmetics Iconic Lipstick Runway Red [RM24.50]
- SimplySiti Fresh Colour Moist Lipstick Power Red [RM31.26]
Semua cantik dan paling penting sesuai dengan rona kulit Asia kita. Selamat mencuba!