Impikan kulit tubuh yang lebih cerah berseri? Impian anda boleh dipenuhi daripada jenama yang prihatin terhadap anda, Velvet X Wood dengan lahirnya produk penjagaan diri terbarunya iaitu skrub kopi.
Velvet X Wood Coffee Scrub diperkaya dengan kombinasi hebat bahan berkualiti tinggi yang diperoleh daripada sumber semula jadi iaitu biji kopi premium dari Brazil, madu, aloe vera, minyak zaitun dan garam laut. Ia 100 peratus organik. Hasil daripada penggunaan berterusan memberi pelbagai manfaat kepada kulit tubuh.
Menariknya Velvet X Wood Coffee Scrub ini lahir atas keinginan pengasas, Puan Intan untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang mahu mengetahui mengenai produk penjagaan diri yang digunakannya. Walaupun mengetahui kewujudan pelbagai produk skrub tubuh di pasaran, Intan tidak pernah gentar dalam persaingan kerana dia percaya bahawa skrub kopi yang dihasilkan mempunyai kelebihan yang pastinya tidak sama dengan produk seumpamanya.
Menyedari bahawa ramai wanita mahukan kulit yang cerah, lembut, halus, anjal dan berseri, Intan cuba memenuhi keinginan para wanita namun tidak sesekali mengabaikan faktor keselamatan. Baginya penting untuk kulit tubuh bukan sahaja cantik tetapi juga sihat dan dilihat sempurna.
“Velvet X Wood Coffee Scrub melalui proses formulasi selama setahun setengah bagi memastikan ia memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Ia juga telah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dijamin selamat kerana menggunakan bahan semula jadi. Jadi pengguna tidak perlu risau kerana ia bebas bahan kimia yang lazimnya mendatangkan kesan negatif kepada kulit,” katanya.
Layanan haruman Velvet X Wood Coffee Scrub merangsang perasaan dan ‘mengejutkan’ tubuh. Bukan sahaja mencetuskan ketenangan kepada pengguna dengan memberi aura tenaga positif, dengan ciri agen pengelupasan biji kopi dan gabungan garam laut, ia berkesan membuang sel-sel kulit mati menjadikan kulit lebih bersih berseri dan lembut. Malah bauan istimewa ini membantu mengatasi masalah bau badan.
Kaya dengan kandungan mineral dan tinggi antioksidan serta anti toksin, skrub kafein ini mencegah penuaan pramatang kulit. Ia juga merangsang peredaran aliran darah dan membantu mengurangkan kemunculan masalah kulit seperti selulit, ekzema, psoriasis, parut, jerawat, kesan rekahan, tompok penuaan serta vena varikos.
Dengan tambahan minyak zaitun dan susu, ia menjaga kelembapan kulit secara menyeluruh, mencerah, menghalus, menyegar dan mencerahkan tubuh. Manakala sentuhan madu pula berfungsi melindungi, melembap dan meremajakan kulit agar tubuh lebih anjal dan licin bak sutera.
Lebih istimewa, skrub ini sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita pada setiap peringkat usia, termasuk kanak-kanak, malah untuk semua jenis kulit. Ia boleh dipakai di seluruh tubuh dan juga bahagian muka serta bibir.
Skrub dua hingga tiga kali seminggu untuk kulit yang sihat dan lembut. Ia tidak merengsakan kulit. Jika anda mempunyai kulit sensitif, hanya gunakan satu hingga dua kali seminggu sahaja. Menyental tubuh ini jika dijadikan rutin juga mampu memberi kebaikan kepada kesihatan dengan melancarkan peredaran darah.
Cara penggunaan untuk bahagian tubuh:
- Lembapkan bahagian kulit yang ingin disapu seperti lengan, pinggang, perut dan paha. Paling berkesan adalah dengan menggunakan air suam.
- Ambil secubit skrub dan ratakan pada tempat yang bermasalah, urut membulat dengan arah lawan jam.
- Sambil mengurut, picitkan bahagian yang berlemak. Biarkan beberapa minit.
- Untuk kesan yang lebih optimum, salutkan bahagian bermasalah dengan pembalut plastik. Biarkan ia menyerap selama 20 minit.
- Kemudian, bilas dengan air suam untuk kesan yang lebih baik, cepat dan menyerap masuk ke dalam liang roma kulit.
Cara penggunaan untuk bahagian wajah:
- Cuci muka dengan pembersih wajah, kemudian sapukan skrub Velvet X Wood.
- Untuk mengatasi masalah dagu berlapis dan meruncingkan dagu, gosok di bahagian bawah dagu dengan urutan dari belakang ke depan.
- Untuk membentuk wajah menjadi bujur, urutkan pipi dan rahang dengan tapak tangan secara membulat mengikut arah lawan jam.
Produk ini dijual secara dalam talian melalui ejen-ejen yang dilantik. Didatangkan dalam jar dengan rekaan yang fleksibel dengan berat 100gm, Velvet X Wood dijual pada harga RM79 termasuk kos penghantaran untuk Semenanjung Malaysia manakala RM82 untuk Sabah dan Sarawak.