Sebenarnya boleh ke jatuh cinta dalam media sosial?
Perasaan adalah suatu perkara yang misteri. Kita sendiri tidak tahu apa yang berlaku seterusnya dengan pelbagai perasaan yang bergelodak dalam satu-satu masa. Begitu juga ketika saat perasaan jatuh cinta mengetuk jiwa. Tidak kira dimana, pada siapa dan waktu.
Kisah-kisah cinta melalui media sosial sudah sering kita dengar dan perkahwinan dari perkenalan melalui Facebook, Instagram mahupun TikTok juga normal. Jadi soal jodoh dan mati semuanya telah ditetapkan oleh yang Maha Kuasa tanpa kita sedari. Mungkin ada diantara pembaca Miss Murai ragu-ragu dengan perasaan sendiri. Perkenalan kamu dengan si dia dari media sosial sukar untuk disahkan.
Jadi apa tanda yang si dia turut merasai apa yang kamu rasa. Walaupun dikategori bercinta di media sosial;
1. Ada niat untuk bertemu dengan kamu
Si dia sering menyatakan hasrat untuk bertemu dua mata dengan kamu. Mungkin akibat kekangan masa dan kerja kamu berdua belum ada masa yang sesuai. Perhatikan jika si dia sering mengirimkan teks atau mengatakan untuk berjumpa selalu untuk bermakna kamu sering muncul difikirannya.
2. Sering berkongsi gambar keadaan semasa
Bukan sekadar selfie. Si dia kongsi segala aktiviti dengan kamu dan ini supaya tidak menimbulkan sebarang keraguan dalam perhubungan kamu. Dari meja pejabat, lepak bersama rakan-rakan dan rumah keluarga. Semuanya kamu sudah tahu. Ini bermaksud si dia mahu kamu tahu tentangnya.
3. Rajin buat panggilan video
Mungkin bila kamu dan si dia sudah selesa dengan percakapan telefon. Si dia mula ambil alih dengan panggilan video pula. Kamu juga sedar kemesraan yang timbul biarpun dari paparan skrin.
4. Ingat perkara kecil tentang kamu
Apa lagi yang boleh Miss Murai buktikan bila si dia selalu mengejutkan kamu dengan perkara-perkara kecil. Ini bukti yang si dia begitu jatuh cinta terhadap kamu. Info kecil tentang kamu rupanya selalu mengingatkan dia pada kamu. So sweet!
5. Kamu tahu latar belakang si dia
Walaupun tidak pernah bertemu dan masih berjauhan. Si dia tidak lokek bercerita tentang kenangan waktu kecil, perihal keluarga dan sahabat serta tentang kerjayanya. Ya, si dia sudah tiada rahsia yang dipegang. Kamu juga cukup selesa mendengar segala celotehnya. Lelaki “banyak mulut” dengan perempuan yang dia suka sahaja.
6. Sudah bercerita mengenai kamu pada kawan/keluarga
Tunggu masa sahaja kamu bertemu dengan insan-insan penting dalam hidup dia. Lelaki yang jatuh cinta dan komited dengan perasaan sayang ini sudah pasti mengenalkan kamu dalam ruang hidupnya. Kamu pula yang segan bila mahu menjawab salam dari bakal ibu mentua. Hiks!
Soalnya sekarang hanya menunggu masa untuk bertemu dan luahkan perasaan sebenar antara kamu berdua. Miss Murai doakan hubungan kalian sampai ke jinjang pelamin!