Beg tangan unik ini dari jenama apa?
Sememangnya suatu idea yang luar dari kotak! Miss Murai juga terkesima bila melihat perkongsian video reels dari @placesmalaysia. Dua buah beg tangan yang bercirikan soket dan suis. Bahagian kunci beg digantikan dengan soket. Sudah pasti ia menjadi daya tarikan sesiapa sahaja melihat beg tangan tersebut.
Rupanya ia dari koleksi terbaharu dari PabePabe dan kini boleh dapatkan di butik Club21 yang berlokasi di dalam The Exchange TRX. Dari tinjauan Miss Murai melalui laman sesawang Club21. Hanya satu beg tangan PabePabe dari koleksi ini boleh dibeli secara atas talian.
Sebenarnya jenama PabePabe tidak asing lagi dalam menyediakan rekaan luar biasa untuk beg tangan. Sebelum ini sudah banyak koleksi yang mengisi ruang imaginasi peminat jenama tersebut. Malah lebih mengagumkan lagi, jualan beg tangan tidak terlalu mahal. Ia boleh dikategorikan sebagai jenama fesyen berpatutan dengan kualiti yang top-notch.
Bagi Miss Murai bukan sahaja kualiti, malah rekaan juga boleh diklafikasikan sebagai seni gubahan moden. Jadi kamu bukan sahaja memilliki aksesori fesyen malah hasil seni mahal. Jadi Miss Murai kurang bersetuju dengan rata-rata pengguna media sosial yang memberi komen negatif terhadap rekaan jenama ini. Ada yang menganggap terlalu mahal dan mengharapkan beg ini mampu mengecas telefon pintar.
Seperti biasa, tepuk dada tanya selera kamu tentang fesyen.
Tak sabar untuk Miss Murai sendiri melihat karya-karya PabePabe di Club21!