Jennie Kim meraih perhatian lagi. Tampil dengan penampilan wet look untuk Coco Chanel, ahli kumpulan Blackpink ini menyerlahkan lagi sisi seksi menggodanya. Jennie akan menghiasi majalah Vogue Korea untuk edisi bulan Mei 2024.
Untuk edisi kali ini, Vogue Korea memaparkan Jennie sebagai model muka depan. Mengenakan dandanan rambut yang basah dan berkanta sentuh hijau menambah kesan seksi pada penampilan Jennie, membuatkan warga net tidak henti-henti memujinya. Wajah cantiknya disempurna dengan solekan minimalis, menghasilkan aura natural yang mempesona. Malah ada yang berpendapat bahawa ini merupakan photoshoot Jennie yang paling cantik antara semua.
Setia bersama Chanel, setiap perhiasan dan pakaian Jennie bernilai antara ribuan ke ratusan ribu ringgit. Layaklah dengan Jennie yang bergelar duta global bagi mempromosikan koleksi perhiasan Chanel yang baru.
Memang out of the world! Jennie seperti biasa mendunia…