Bagi wanita, mencari wangian terbaik untuk lelaki adalah satu tugas yang agak sukar. Ini kerana setiap lelaki, mereka mempunyai preference bau yang berbeza.
Tetapi tak salah kalau kamu nak cuba bereksperimen dan menghadiahkan si dia sebuah wangian baru. Dan cadangan Miss Murai, wangian daripada Issey Miyake adalah satu permulaan yang terbaik!
Nak tahu jenis wangian Issey Miyake mana yang sesuai dijadikan sebagai hadiah sempena Hari Raya ini? Cuba lihat senarai di bawah, si dia pasti akan suka akan pemilihan bau kamu.
Fusion d’Issey Eau de Toilette
- Foto – Issey Miyake
Khas untuk si dia yang berjiwa berani, bertenaga dan cergas, wangian Fusion d’Issey ini direka dengan nota solar dan mineral yang diilhamkan oleh unsur semula jadi seperti air, api, panas dan sejuk. Dalam satu semburan, si dia boleh mengekspresikan dirinya dengan daya tarikan yang sangat unik!
L’eau d’Issey Pour Homme Eau de Toilette
Sesiapa sahaja yang terbau wangian ini, pasti tergoda dengan nota sitrus yang tulen dan segar.
- Foto – Issey Miyake
Kalau kamu nak tahu, wangian L’eau d’Issey Pour Homme ini menggabungkan kesegaran akuatik yang digandingkan bersama rona kayu yang teguh. Bagi si dia yang sukakan bauan yang segar dan sedikit hint sitrus, wangian ini adalah hadiah yang sempurnya untuknya!
* [Harga: RM445/125ml]
L’eau d’Issey Pour Homme Vétiver Eau De Toilette Intense
- Foto – Issey Miyake
Sekiranya si dia memiliki watak yang gagah perkasa dan maskulin, wangian L’eau d’Issey Pour Homme Vétiver adalah pilihan terbaik. Untuk bauannya, kamu boleh bayangkan bau hutan tebal yang diselubungi oleh aroma tanah yang dilitupi dengan lumut. Sangat segar dan menggoda!
* [Harga: RM330/50ml, RM460/100ml]
L’eau d’Issey Pour Homme Eau & Cèdre Eau de Toilette Intense
- Foto – Issey Miyake
Sesuai untuk jejaka moden yang tahan lasak, L’eau d’Issey Pour Homme Eau & Cèdre ini memberikan bayangan bauan sungai yang mengalir deras, kesegaran air dengan campuran pati kayu mentah dan berkuasa. Bayangkan sahaja pun sudah rasa cair dan terpikat kan?
* [Harga: RM330/50ml, RM460/100ml]
Wangian Issey Miyake ini tersedia secara eksklusif di Lazada, Zalora, di kedai dan juga web SEPHORA.
Untuk Hari Raya yang bakal tiba tak lama lagi, apa kata kamu hadiahkan salah satu wangian di atas berdasarkan personaliti si dia. Confirm si dia suka dengan pilihan kamu!