Selain baju raya, kasut dan tudung, tak lengkaplah sambutan Hari Raya Aidilfitri kalau kamu tiada beg tangan yang sesuai kan? Bagi Miss Murai, pemilihan beg tangan yang tepat adalah penting untuk melengkapkan penampilan raya kamu secara keseluruhan.
Kalau kamu tidak ada lagi beg tangan yang sesuai atau sedang mencari, Miss Murai nak cadangkan enam beg tangan daripada Carlo Rino untuk kamu pertimbangkan.
Bermula daripada…
Carlo GEO Carry-All Mini Bag
Carlo GEO Carry-All Mini Bag (RM499) daripada koleksi Musim Bunga/Panas 2024 Carlo Rino ini menampilkan cetakan monogram yang sangat comel.
- Foto – Carlo Rino
Dikeluarkan dalam tiga pilihan warna iaitu hijau, ungu dan merah jambu; membolehkan kamu untuk mengekspresikan gaya unik kamu ketika musim perayaan ini. Psst… Jangan lupa untuk padankannya dengan keychain comel Bun Bun tau!
Prism Quilted Small Shop Tote Bag
- Foto – Carlo Rino
Kalau kamu perhatikan pada Prism Quilted Small Shop Tote Bag (RM559), bahagian luar beg tote kompak ini diperincikan dengan quilt yang sesuai untuk kamu padankan dengan apa jenis gaya. Hadir dalam dua pilihan warna untuk kamu pilih mengikut gaya peribadi iaitu hitam dan hijau.
BOLD C Small Shop Tote Bag & BOLD C Bowler Bag
Berbeza daripada yang lain, tote bag (RM599) dan bowler bag (RM599) ini dihiasi dengan logogram warna kecerunan dalam warna merah jambu, kuning dan biru serta diperincikan dengan cool black trimming di bahagian tepinya.
- Foto – Carlo Rino
Sesuai dipadankan dengan baju kurung atau pakaian kasual, kamu juga boleh menambah keychain Ruby yang dinamakan Bun Bun pada beg pilihan kamu untuk tingkatkan ensembel kamu dengan gaya yang comel.
Prism Quilted Barrel Bag & Prism Quilted Luna Crossbody
Miss Murai sangat tertarik dengan Prism Quilted Barrel Bag (RM499) ini kerana ia berbentuk seperti tong dan perincian kuilnya yang bergaya menjadikan beg ini sebuah aksesori yang sangat menonjol.
- Foto – Carlo Rino
Manakala Prism Quilted Luna Crossbody (RM519) pula menampilkan corak quilt yang rupa bertekstur. Kedua-dua beg tangan ini didatangi dengan rantai dan tali yang sepadan. Boleh digayakan sebagai beg bahu atau silang ikut kesesuaian gaya pilihan kamu.
Keenam-enam beg tangan Carlo Rino ini boleh didapati di butik Carlo Rino, gedung beli-belah utama dan web [Carlo Rino].