Bikin kecoh pula The Rock!
Beberapa tahun ini kita dapat lihat semakin ramai selebriti melancarkan produk dan jenama sendiri. Samada dari fesyen, produk kecantikan, kesihatan mahupun kelengkapan rumah. Pada mulanya masyarakat menyambut dengan baik sebagai cara mengisi kelompongan dalam pasaran. Pun begitu, bila sudah terlalu ramai dan kerap lancar produk. Peminat mula naik muak dan merasakan lambakan produk. Siapa nak beli?
Minggu ini nama The Rock kembali menjadi perhatian. Apa tidaknya, dia kini dengan bangga melancarkan produk penjagaan diri dan kulit, Papatui. Koleksi pertama ini lengkap dengan sabun mandian, dedoran dan syampu. Ya, syampu dan tagline The Rock untuk produk syampunya buat internet gelak besar.
“My hair would’ve loved this 2-1 shampoo and conditioner.”
Tak tahu lah samada pelakon berusia 51 tahun ini bergurau atau benar-benar serius. Sebenarnya, peminat tidak begitu kisah jika The Rock mahu keluarkan produk begini tapi sebaiknya lebih realisitik. Bagaimana dia hendak menyakinkan pengguna tentang kebaikan syampu bila dia sendiri botak licin.
Miss Murai buat tinjauan juga rata-rata ada yang menyambut baik dan memberi ulasan yang bagus untuk produk Papatui. Malah harga untuk koleksi ini amat berpatutan sekitar bawah AS$10. Mungkin tindakan ‘syampu’ boleh jadi sebagai berita untuk produk ini. Mana tidaknya, good or bad press still a press.
Apa pendapat kamu tentang perkara ini?