Tahun ini nak kelainan dalam juadah hari raya?
Rasanya memang wajib ketupat dan rendang pada pagi hari raya. Pun begitu ada diantara kita sudah naik jemu dan mahukan suatu hidangan yang ada signature sendiri. Malah nak menyediakan rendang juga bukan senang! Berjam-jam lamanya untuk siap dan siapa yang bukan jenis bersabar di dapur memasak rendang bukan untuk kamu.
Jadi untuk Miss Murai memang elak untuk menyediakan rendang. Hanya menikmati rendang apabila ziarah rumah keluarga atau sahabat. Hee~
Nah, ada juadah hari raya yang istimewa untuk kamu sediakan untuk tetamu. Pada pendapat Miss Murai, ia mudah untuk disediakan dan memberi nice impression pada kamu. Mana tidaknya, lain dari yang lain!
#1 Soto Ayam
Menu yang paling ringkas. Kamu hanya perlu merebus ayam dan rempah untuk menyediakan sup. Kemudian sediakan bihun atau ketupat segera. Bahagian ayam racik, itu hanyalah optional. Bagi Miss Murai biar sahaja ayam didalam sup (potongan ayam kecil). Item paling penting ialah sambal kicap yang power dan kalau kamu rajin boleh tambah begedil.
#2 Nasi Daging Utara
Resepi yang paling banyak Miss Murai repeat! Kamu hanya perlu rebus daging bersama lada hitam dan rempah. Kemudian tumis bawang dan rempah untuk bahagian nasi yang masak bersama daging. Jangan lupa air asam yang sangat mudah dibuat. Settel!
#3 Nasi Berlauk Kelantan
Sebenarnya ini menu sarapan orang Kelantan tapi Miss Murai tidak dapat nafikan ia cukup istimewa jika dimasak ketika hari raya. Apatah lagi, jika kamu sediakan untuk bukan orang Kelantan. Ia sangat mudah disediakan dengan rebusan ikan tongkol. Hanya guna nasi putih dan sambal cili merah.
#4 Mee Kari
Ya, mee kari pun akan jadi kesukaan ramai! Mungkin kamu rasa tiada yang unik untuk dijadikan juadah hari raya. Kamu boleh tambah beberapa item dalam kuah kari seperti tauhu, kepingan kek ikan dan bebola ikan atau carikan isi ayam. Malah, bahagian potongan cili, bawang goreng dan telur rebus memeriahkan lagi mee kari kamu.
#5 Lontong dan Kuah Lodeh
Ini antara resepi yang ‘campak segalanya dalam periuk’. Ia sangat mudah disediakan dalam satu pot sayur-sayuran dan kuah santan. Dimakan bersama ketupat dan sambal ikan bilis, sotong atau udang. Percayalah ini senang sangat untuk buat.
Menu di atas ini juga boleh dijadikan sebagai juadah hari raya kedua atau rumah terbuka. Jangan pening-pening lagi, ikut sahaja nasihat Miss Murai. Pasti menjadi! Selamat mencuba.