Ada peminat body mist dekat sini?
Mungkin untuk menjawab ‘kenapa body mist tidak tahan lama?’, kita sendiri perlu tahu wangian ini diformulasi secara ringan dan sederhana. Ia juga sentiasa dilabel sebagai penyegar tubuh kerana variasi wangian body mist biasanya dari haruman bunga-bungaan dan manis buah. Body mist boleh bertahan sehingga dua atau tiga jam pada tubuh badan atau pakaian. Jadi sememangnya si pemakai harus kerap menyembur.
Produk body mist terarah kepada kelompok remaja yang baru berjinak-jinak menggunakan minyak wangi. Bau yang kurang menyengat, botol tahan lasak dan paling penting harga body mist sangat berpatutan. Malah saiz botol yang besar juga membuatkan ia mesra poket.
- Jadi ada cara ke untuk body mist tahan lama dari biasa?
Tips yang boleh kamu ikuti ialah dengan menyembur body mist selepas mandi. Kemudian diikuti dengan sapuan losyen badan. Kamu boleh menyembur sekali lagi supaya wangian body mist melekat pada kulit yang lembab.
Jika kamu ingin wangian yang lebih strong. Lapisi body mist setelah menyembur minyak wangi kegemaran kamu. Cara ini boleh memberikan satu wangian yang unik. Pun begitu hati-hati, kamu harus tahu not-not haruman yang bersesuaian. Kalau tidak, boleh jadi tengik pula.
Selain itu, body mist boleh digunakan sebagai pengganti penyembur wangian rumah. Sembur sahaja pada langsir, sofa atau karpet sebelum tetamu datang. Jika kamu mahukan tidur yang nyaman, pilih wangian body mist yang menenangkan untuk disembur pada tilam dan bantal. Tak sangka kan, banyak juga kegunaan body mist bukan untuk tubuh yang wangi sahaja.
Bahagian tubuh yang paling disyorkan untuk body mist diam ialah bahagian belakang telinga, pergelangan tangan dan leher. Nasihat DIVA, jika kamu memang penggemar body mist sentiasa bawa body mist didalam beg tangan.