JLO pun pakai barang kemas FOPE ini tau!
Untuk pengetahuan kamu, sebelum ini FOPE telah diwakili secara eksklusif oleh SUEN di Malaysia selama sedekad; menampilkan rangkaian koleksi barang kemas yang sangat kaya dengan reka bentuk kotemporarinya.
Kini jenama FOPE, yang sinonim dengan ketukangan (craftmanship) Itali dan kemewahan harian, telah membuka flagship store pertamanya di Seibu, The Exchange TRX.
Jika kamu berkesempatan untuk mengunjungi flagship store FOPE di Seibu, DIVA syorkan untuk kamu ‘cuci mata’ dan dapatkan sekurang-kurangnya satu item daripada koleksi barunya ini!
FOPE: Mentakrif Semula Kemewahan Sejak 1929
Sekadar info untuk kamu, FOPE telah ditubuhkan pada tahun 1929 dan jenama ini mempunyai sistem Flex’it yang dipatenkan – ciptaan revolusioner daripada warisannya sebagai pengeluar jam tangan.
- Foto – FOPE
Menariknya tentang reka bentuk esklusif ini, gelang tangan emas jenama ini langsung tidak menggunakan sebarang clasp atau fasteners. Tetapi ianya hanya menggunakan spring emas kecil, membuatkan setiap rantai emas 18k menjadi lebih fleksibel sepenuhnya dan lebih selesa, tak kiralah lelaki atau perempuan.
Perincian Craftmanship Itali Di 2 Koleksi Baru FOPE
Bersempena dengan pembukaan flagship store di Seibu, FOPE memperkenalkan dua koleksi terbarunya, di mana setiap satunya menampilkan craftmanship Itali yang sangat unik dan indah seperti:
1. Koleksi Luna: Luna Pavé & Luna Pavé Bicolour
Koleksi ini dikatakan sebagai ensembel yang sangat memukau, di mana ia menampilkan gelang tangan dan juga choker dalam pilihan dua tona baru iaitu emas putih serta emas kuning.
- Foto – FOPE
Menggunakan teknologi Flex’it yang sangat canggih, koleksi Luna ini mempamerkan gabungan jala emas segiempar dan bentuk bulat dalam setiap kepingan barang kemasnya.
2. FOPE X Jennifer Lopez: Koleksi Kerjasama Ekslusif
Yang terbaru, FOPE telah bekerjasama dengan Jennifer Lopez (JLo), menampilkan satu koleksi yang sangat eksklusif. Barang kemas FOPE telah ditampilkan dalam video muzik JLo iaitu “Can’t Get Enough” yang dikeluarkan pada hujung Januari lalu.
- Foto – FOPE
Kerjasama ini menampilkan JLo dalam koleksi barang kemas Eka MiaLuce yang sangat popular seperti rantai leher dan juga rantai tangan. Apa yang membuatkan koleksi kerjasama ini lebih istimewa, koleksi Eka MiaLuce yang digayakan oleh JLo ini telah dibawa dari Vicenza, Itali ke flagship store FOPE di Seibu.
Untuk melihat setiap barangan dalam koleksi FOPE, kamu boleh berkunjung ke flaship store miliknya di Seibu, The Exchange TRX. Manakala untuk maklumat lanjut serta info tambahan, layari laman web FOPE, Instagram dan Facebook SUEN.