Bukti semua orang boleh rambut blonde seperti Angelina Jolie!
Warna rambut blonde mungkin agak sukar untuk disesuaikan dengan semua orang. Ia warna yang boleh menyerlah segala-galanya pada wajah kita, terutamanya warna kulit. Jadi tidak ramai yang boleh pull off dengan warna blonde. Malah siapa yang berjaya bergaya dengan warna perang berkilat ini dikategorikan sebagai orang yang berani dan mempunyai keyakinan diri.
Kelibat Angelina Jolie di New York baru-baru ini menggembirakan peminat! Mana tidaknya, aktress hebat ini kembali dengan gaya warna rambut blonde. Dia dilihat keluar dari butik Atelier Jolie dengan gaya kasual kot hitam labuh, t-shirt putih dan kaca mata tinted. Tumpuan perubahan warna rambut itu mengejutkan ramai kerana Angelina biasa rambut blonde ketika dalam filem sahaja.
Nah, apa kata kita throwback sedikit gaya rambut blonde Angelina Jolie tahun 2000.
- Girl, Intterupted (2000)
- Gone In 60 Seconds (2000)
- Life or Something Like It (2002)
Waktu terakhir kita dapat melihat Angelina Jolie rambut putih ini ialah di dalam filem Come Away (2020) dan Eternals (2021)
Sejujurnya, orang cantik, anggun dan classy bak Angelina Jolie beri warna rambut apa pun tetap gorgeous!