Psst… Hanya ada 20 model sahaja yang dikeluarkan; 5 pilihan dalam setiap kategori saiz.
Bagi siapa yang mengikuti koleksi Constellation oleh OMEGA, pasti kamu tahu betapa unik dan ikoniknya model jam tangan yang diilhankan oleh pergerakan bintang.
Spesialnya untuk tahun ini, OMEGA memperkenalkan rangkaian model jam tangan bagi koleksi Constellation yang menampilkan perincian dial yang unik, dihasilkan daripada meteorit tulen.
Menariknya koleksi kali ini, OMEGA menampilkan satu corak yang unik di setiap model jam tangan, di mana tiada dua model yang akan sama dan menyerupai.
Dial menggunakan Meterorit Muonionalusta
Kalau kamu nak tahu, apa yang membuatkan koleksi ini lebih istemewa adalah OMEGA menggunakan Meterorit Muonionalusta iaitu meteorit tertua di Bumi yang berusia lebih 4.5 bilion tahun.
- Foto – OMEGA
Ini membuatkan setiap meteorit yang digunakan untuk dail model jam tersebut adalah unik. Dan agak sukar untuk membuat pesanan dalam talian kerana kamu berkemungkinan menerima struktur atau corak yang sedikit berbeza dan lebih baik ke butik OMEGA untuk melihat dulu.
Dikeluarkan dalam 4 saiz berbeza
Pada masa yang sama, koleksi Constellation ini dikeluarkan dalam empat saiz yang berbeza. Bermula daripada saiz 25mm, 28mm dan 29mm untuk wanita. Manakala saiz 41mm pula untuk lelaki.
1. Saiz 25mm
- Foto – OMEGA
- Dikeluarkan dalam model dwi-warna dalam keluli tahan karat dan 18K Sedna™ Gold
- Hadir bersama-sama dengan Constellation Observatory medallion pada caseback
- Berlian digunakan di bahagian bezel dan juga jam penanda
- Dail meteroit menggunakan perincian rawatan warna ungu
2. Saiz 28mm
- Foto – OMEGA
- Dikeluarkan dalam model keluli tahan karat dan 18K Sedna™ Gold
- Dail meteorit diberikan rawatan warna icy blue dan berlian pada penanda jam
- Ciri Constellation Observatory medallion dicop pada caseback
3. Saiz 29mm Co-Axial Master Chronomaster
- Foto – OMEGA
- Dikeluarkan dalam model dwi-warna yang diperbuat daripada keluli tahan karat dan 18K emas kuning
- Dail meteorit dipertingkatkan dengan rawatan warna PVD Moonshine™ Gold yang memberikan sinaran yang menakjubkan
- Dilengkapkan dengan penanda jam berlian dan bezel berturap berlian
4. Saiz 41mm Co-Axial Master Chronomaster
- Foto – OMEGA
- Dikeluarkan dalam model keluli tahan karat dengan bezel seramik hitam
- Dail meteorit diberikan rawatan warna rhodium-grey galvanic untuk penampilan canggih
- Tangan, indeks dan bintang Constellation yang unik, semuanya dirawat dengan PVD hitam, menambahkan sentuhan berani
Walaupun hadir dalam pelbagai gaya dan saiz, untuk model yang kamu pilih, ia akan mendedahkan karakter diri kamu sendiri tau. Koleksi Constellation ini boleh didapati di butik dan juga web OMEGA.