Tiba-tiba kasut flat silver pula jadi kegilaan….
Mungkin kamu sedar atau pun tidak, kilauan perak pada kaki semakin menjadi perhatian ramai. Kasut flat warna silver atau perak dipadankan dengan apa jua outfit. Ia telah dikatakan trend atau statement fesyen terkini. Menariknya, walaupun ia berkilau tapi masih cocok dengan pilihan top and bottom seperti nude beige atau colourful.
Selain itu, bukan kasut tumit tinggi tapi ia harus kasut flat atau jenis ballet. Ini bertujuan bagi menyesuaikan untuk daily wear atau apa jua konsep fesyen. Bukan setakat keselesaan sahaja malah untuk tidak terlihat keterlaluan. Mana tidaknya, sudah warna kilat silver jadi tone down dengan kasut flat.
Mungkin ada yang tercari idea untuk kasut flat silver? DIVA ada sediakan beberapa pilihan dibawah;
- Charles & Keith Metallic Pointed-Toe Slingback Flats [RM209.90]
- Nazifi Nasri Ribbon Ballerina [RM170]
- Pedro Eden Leather Loafers [RM379]
- ALDO Dallaledar Women’s Ballerinas & Mary Janes [RM184]
- Nellisa Hilman Sunny Mary Jane Loafers [RM338]
Agak-agak kamu suka tak dengan trend kasut flat silver kali ini? Atau kamu rasa ia langsung tidak sesuai. Kongsikan pendapat kamu!