Bibir lagi cantik kalau pakai lip liner…betul ke?
DIVA sedih sebenarnya kerana produk lip liner tidak banyak dijual. Bahagian mekap terutamanya dari jenama tempatan tidak banyak atau tidak ada langsung pilihan produk lip liner. Mungkin ini gara-gara tidak punya permintaan. Tapi kenapa? DIVA hanya mampu buat andaian yakni tidak ramai pengguna tahu tentang kelebihan pemakain lip liner.
Sayang kan? Padahal lip liner mampu mencantikkan lagi penampilan bentuk dan warna bibir.
Kelebihan pakai lip liner
- Lip liner boleh memberi ilusi bentuk bibir yang lebih mungil dan simetri. Ia berfungsi sama seperti eyebrow pencil untuk menyempurnakan bentuk kening.
- Percaya atau tidak. Lip liner mampu membuat warna lipstik tahan lama. Ini kerana lip liner bekerja seperti bahagian asas warna lipstik. Jadi ia lapisan terakhir warna bibir selepas nyah akibat makan, minum atau bercakap.
- Bentuk bibir boleh berubah jadi mungil, lebar dan seksi. Pun begitu ada teknik tersendiri. Kamu harus guna rona lip liner dua kali lebih gelap dari warna bibir atau lipstik. Teknik ini juga dipanggil sebagai lip contour.
- Ya, kamu boleh gantikan lipstik dengan lip liner semata-mata. Namun hati-hati, lip liner boleh mengeringkan bibir. Jadi nasihat DIVA, sapu lip gloss atau lip balm selepas memakai lip liner.
DIVA sangat berharap supaya industri kecantikan tempatan meriahkan lagi produk pilihan mekap dengan kehadiran lip liner. Bukan apa, pemain industri tempatan lebih faham dan tahu tentang tone warna setiap warna kulit serta bibir pengguna disini.
Jadi yang dah tahu tentang kelebihan lip liner, apa lagi? Cuba buktikan kata-kata DIVA ini!